Pages

Monday, August 31, 2015

Reben Kembang Setaman

Kembang setaman di bawah ini memaparkan pelbagai saiz dan bentuk bunga ros reben (folded rose ).

    Ros reben ini menggunakan reben satin 1/2 inci.  Comel  comel        saiz bersamaan syiling 5 sen.


    Rose ini pula menggunakan reben satin 1 inci, panjang           lebihkurang 18 inci.  


    Rose ini walaupun bersaiz besar masih menggunakan reben lebar   1 inci dan panjang 36 inci.


    Ros ini juga mengguna reben saiz 1 inci panjang 36 inci.  Teknik      yang berlainan.





    Indah diabadikan pada sarung bantal kusyen, table runner, beg          dan  bermacam lagi.


Monday, August 17, 2015

Jum Singgah Di Bengkel Lamansari

Di bawah ini adalah antara hasil aktiviti kraftangan di Bengkel Lamansari.  

Sarung kusyen dan makeup pouch

Sarung Kotak Tisu

Telah disarungkan kotak tisu 100 ply

Pelbagai keychain





Beg sandang 


Table Runner 

keronsang reben

Hiasan Ros Reben Pada Baju

 Di bawah ini dua percubaan hiasan bunga ros reben pada baju kurung moden.  Masih boleh lagi diubahsuai mengikut tona warna atau pelbagai bentuk.  Nanti kalau dah siap akan saya update.


Keudukan manja teratur

Kedudukan berjuraian
Siapa berminat bolehlah tempah di Bengkel Lamansari Kalumpang.

Saturday, August 15, 2015

Nursery Santai Di Pintu Dapor

Haa.. inilah dia nursery santai di pintu daporku.   Hari hari bila buka pintu nampaklah semaian bunga- bunga kecil dan semaian pohon anggur. Hanya depan pintu senanglah nak siram, kot kot dah layu nampaklah depan mata. 


Bunga aster ungu yang menawan

Anak pokok anggur yang telah dibeli peminat pohon anggur.

Friday, August 14, 2015

Beg Kait Benang Bulu

 Inilah dia beg kait cubaan pertama, siap enam bulan yang lalu, dah dimiliki pelanggan. Tak sempat nak update blog. Seronok juga kalau dah mula mengait tak sabar2 nak siap cepat walau jari jemari dah lenguh.  Kait kait ...  





                   Lining di bahagian dalam dan berzip.

Ok Jumpa lagi dengan hasil tangan yang lain.