Pages

Monday, January 27, 2014

Buah Anggur Di Halaman Rumah

Masih lagi cerita buah anggur pertama ku. Walaupun pertama kali berbuah, gugusannya boleh tahan juga. Aku begitu teruja dan bahagia melihat perkembangan buah anggurku yang menawan hati dan kian membesar.  Lihatlah di bawah ini gambar yang ku ambil pada 25 Jan 2014, mula berputik 20 Dis 2013. Lebihkurang sebulan lima hari usia buah anggur ini.  Jum nikmati gambar gambar yang ku snap dari jarak dekat, hmm ...


Ini gugusan pertama dan kedua

Ini gugusan yang ketiga

Ini pula gugusan ke empat, comel je.

Mengikut perkiraan buah anggur ini akan masak pada penghujung Mac, tempoh 100 - 120 hari kalau tak silap.  Sabo je lah ye.


Thursday, January 16, 2014

Pohon Anggurku Dah Berbuah

Salam anggur.  Impian untuk melihat pohon anggur ku mengeluarkan buah dah pun menjadi kenyataan. Alhamdulillah. Hati yang tersenyum rasa bimbang kerana boleh dikatakan setiap hari hujan turun. Hujan yang berterusan akan menjejaskan putik anggurku.  Lalu ku ambil plastik ku jadikan atap untuk memayungi pohon anggur kesayanganku. Selamatlah putik anggur dari disirami hujan.  Pokoknya come aje.


Pohon anggur dah beratap plastik

Ini buah anggurku yang berusia hampir sebulan

Gambar gambar di bawah ini putik anggur yang berusia tiga minggu lebih kurang.






Wednesday, January 1, 2014

Cerita Pokok Anggur ku

Sebenarnya dah lama tanam pohon anggur ni tapi disebabkan tak berjaga dengan betul maka jadilah pokok anggurku 'hidup segan mati tak mau' kesian....  Malu nak cakap dah hampir empat tahun tak juga berbuah, mana nak berbuah pokoknya pun kurus sebab tak cukup bajanya, mungkin juga tak cukup cahaya matahari.
Januari 2013 aku bertekad mahu anggurku berbuah.  Sebelum ini memang dah selalu melayari blog yang menceritakan perihal penanaman anggur.  Ada tiga pokok yang aku semai semula.   Pokok asal masih dalam pasu, lalu ku potong di pangkalnya dan ku biarkan tumbuh semula, setelah tinggi lima kaki aku potong dan biar bercabang.  Sebelumtu dah beli baja subur di kedai peladang tu.  Kemudian pasu tu aku anggkat pula ke hadapan rumah untuk lebih sinar matahari.  Siap tempah para besi dari Tukang Besi berdekatan. Selang beberapa minggu bubuh baja, tak lah berapa subur, tanah pun telah ku tukar. Setelah cabang panjang aku potong lagi.  Sehinggalah November 2013 setelah beberapa kali bubuh baja buah dan semburan, tiga minggu kemudian pohon anggur ku cantas dan ku gondol semua daun dan ranting yang kurus ku buang habis.  Aku pun tak berharap sangat sebab pokok pun tak lah subur. Dua minggu aku tidak melihatnya kerana bercuti ke rumah adik.  Setelah pulang seperti biasa aku akan menyiramnya, sebab cuaca pun sering hujan, pohon anggurku tak lah kering, masih ok.  Ku intai-intai di celah ranting yang baru tumbuh, wah wah ada putik, dua, tiga, empat tangkai, rasa teruja yang amat sangat, beritahu pada semua adik beradik. Kalau boleh satu kampung nak heboh ha haha ha...



Kepada peminat anggur ingin ku kongsikan kegembiraan ini bersama, betapa aku senyum dan hari hari aku melihatnya, betapa indahnya  ciptaan Allah, kita berusaha dan berdoa, akhirnya berhasil juga.  Moga moga putik ini akan terus berkembang menjadi buah.  Ya buah pertama menjelang 2014.  Aku pun tak pasti jenis apa spesis anggur ini.  Anak pokok anggur ini di bawa seorang teman dari Ladang Anggur Perlis.



Nanti aku akan postkan perkembangan buah anggur ini. Jumpa lagi dan selamat tahun baru.