Pages

Friday, November 22, 2013

Beg Jinjing/sandang

Berjaya ku siapkan dengan hiasan ros reben dan sulaman yang ringkas.  Boleh buat beg telekung atau apa saja.


Dahliaku


Sarung kusyen dengan hiasan kuntuman dahlia.  Salah satu hasil ciptaan kakak saya.  Kombinasi sulaman reben dan pita biku.



Sunday, August 18, 2013

Ros Reben Hiasan Topiku

Mengaitlah pulak, Handmade kan,  ..
Kali ini ros reben ku dah naik taraf, junjung atas kepala pula.  Ok jugakan.  Yang satu lagi ros merah kait benang.





Tuesday, July 2, 2013

Kraftangan Dari Vietnam

Aku yang memang minat kraftangan tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan hasil kraftangan rakyat Vietnam yang dijadikan produk untuk dikomersilkan.  Pelancung-pelancung memang sukakan hasil kraftangan yang begitu unik dan seni.  Di bawah ini salah satu gerai cenderahati hasil tangan rakyat Vietnam.
Kebanyakan hiasan  pada beg, baju, cadar dan telekung bermotifkan sulaman.




    Beg sandang dengan sulaman benang , gadis Vietnam dengan pakaian traditionalnya (Ao dai)

Di bawah Ini pula hasil tangan yang paling aku minati, sebab aku pun sedang menghasilkan produk sulam reben.  Karung dari kain  bersulam bunga reben untuk simpan kasut.  Sempatlah aku beli tiga helai, tak pula nak simpan kasut, sayang sebab cantik and sweet.





Saja aku beli sebagai idea untuk menghasilkan gaya sulaman dan ros reben yang memang aku minati.  Bunga ros reben yang aku hasil di atas kain siap jahit kemas supaya tak tanggal. Bunga ros reben produk Vietnam ini hanya di gam saja atas kain, memang cantik tapi kalau pakai lasak-lasak tanggal pula bunga tu.lebih baik jahit kan....

Lepas ni aku pun bersemangatlah pula, jum beli reben banyak-banyak.


Monday, June 24, 2013

Baju sulam manik - Vietnam

Mari kita jamu mata disamping ber 'shopping'.  Jaga-jaga jangan boros.  Di Malaysia pun kita boleh dapatkan baju  kurung sulam manik kerana kebanyakannya pun diimpot dari Vietnam tetapi di sini kita dapat harga yang lebih murah.  Lagi pandai tawar lagi murah. Berapa banyak pula nak beli.  Kalau nak berniaga bolehlah beli banyak dan dapat harga yang lebih murah lagi.  Kebanyakan di sini lebih senang menggunakan RM sahaja, bolehlah nak bandingkan harga di M'sia tapi masih berbaloi dari jauh datang membeli.














Kita boleh pilih dari jenis fabrik apa yang disukai, satin, cotton, chifon, sutera, dan lain-lain.  Kami taklah memborong sekadar beli untuk sendiri dan anak-anak.  Kali pertama datang dak rancang nak beli banyak.  Mungkin ada rezeki di lain kali boleh datang lagi.  Tujuan utama nak jalan jalan bawa anak lihat negara orang sekadar yang mampu.

Ok jumpa lagi.

Bye Sg. Mekong

Aktiviti di Mekong.



Bot yang sedia menunggu rombongan kami untuk pulang.



Anak-anak ceria, perut pun dah kenyang, jum balik.



Rombongan dijamu teh madu di Pusat Ternak Lebah Madu.



Persembahan Traditional Vietnam.

Inilah serba sedikit perjalanan kami di Mekong.  Esok akan ke China Town tempat memborong.


InsyaAllah jumpa lagi ...


Friday, June 21, 2013

Gula Kelapa - Pinggiran Mekong -Vietnam

Seterusnya kami di bawa ke tempat membuat gula kelapa.  Produk dihasilkan secara manual.  Kalau negara dah maju, semuanya dilakukan secara elekronik.  Bab manisan aku kurang berminat dan kurang suka nak makan.  Sebab di negara kita pun terdapat banyak kelapa, cuma teruja melihat mereka menghasilkan hanya dari bangsal yang di bina secara traditional di pinggiran Sg.Mekong.

.  
Gambar atap bangsal yang kami rakamkan, amat unik dengan menggunakan kayu bulat (Maybe kayu bakau) dan atapnya macam rumbia/pandan tapi kurang pasti pula.


Santan dan gula dimasak ala-ala dodol.


Beginilah suasana mereka bekerja dengan kecekapan jari jemari.


Produk yang telah siap dibungkus.

Kalau di Malaysia bolehkan kategorikan industri kecil sederhana (IKS).  Semoga mereka berjaya membangunkan negara yang dilanda kancah peperangan sejak 1945 hingga 1975.  Bersyukurlah dan hargailah keamanan dalam negara kita Malaysia.

(Teringat pulak subjek geography masa sekolah menengah dulu guru saya Mr Soma )

Ok kita sambung di post akan datang masih lagi di Mekong. 

Thursday, June 20, 2013

Lambaian Sungai Mekong - Vietnam

Inilah bot yang membawa kami menyusuri sungai Mekong.  Di dalam bot kami dijamu dengan air kelapa muda tetapi manisnya kerana di tambah gula.  Kami dibawa ke restoran Islam yang dah ditempah untuk makan tengah hari. okey juga makan di Mekong.  Menu Asia ala-ala Thai.


Di tengah yang bertopi tu nyonya Mekong sedang memberikan setiap seorang sebiji air kelapa muda.

Acara membeli belah beg beg pun bermula.  Gerai di Mekong cumalah pondok beratap rumbia, cukup traditional.   Anak anak sebok nak beli beg, rambang mata, memang berbaloi, harga murah murah, saya banyak borong beg sebagai buah tangan di bawa pulang.  Pemandu Pelancung kami menjelaskan harga barangan di Mekong terutamanya beg lebih murah daripada di Ben Thanh Market atau di bandar.  Apalagi rasanya tak kecukupan masa nak memilih.


Dua sepupu ni begitu teruja melihat beg beg, huhuhuhuh uumph..



Dua beradik ni apa lagi yang tak cukup.  Borong borong.  Kiri kanan beg.

Ok sampai di sini dulu, nanti kita sambung lagi di pinggiran sungai Mekong.

Vietnam - Ho Chi Minh

Dah hampir dua bulan berlalu baru aku dapat paparkan cerita cerita Vietnam.  Bak kata orang dah basi, tapi pengalaman di sana masih segar ingin dikongsikan bersama.  Mungkin rakan rakan lain pernah berkunjung ke sana tentu dengan pengalaman berbeza.  Ikutilah seterusnya serba sedikit kenangan yang sempat ku kutip sepanjang menjejakkan kaki di bandar Ho Chi Minh, Vietnam.


        Bersama teman, adik dan anak anak selamat menjejakkan kaki di bumi Vietnam

Tarikh 1 Mei kami berlepas dari KLIA ke Bandaraya Ho Chi Minh Vietnam.  Menyertai rombongan pejabat seramai lebih kurang 70 orang.  Waktu ini seluruh negara sedang sebok menghadapi pilihanraya pada 5 Mei 2013. Ada di antara kami yang terlibat menjadi urusetia dan petugas pilihanraya terpaksa pulang  lebih awal dan ada yang membatalkan pemergiannya.  Kami pulang ke Malaysia pada 4 Mei Sabtu dan Ahad tu 5 Mei teruslah mengundi.  Sempatlah menunaikan tanggungjawab sebagai warga negara.

Ni aku nak cerita sikit tentang pengalaman ke Vietnam.  Sebelum tu dah tukar dah mata wang USD dan Dong.  Untuk makluman yang belum pergi, di sana guna matawang rm pun boleh, tak ada masalah kalau tak sempat tukar USD atau Dong.  Shopping di sana amatlah mudah dan aman, walau pun kena juga tawar menawar.  Hotel penginapan kami pun berdekatan dengan pasar Ben Thanh yang terkenal pada kebanyakan pelancung Malaysia, memang aku banyak juga jumpa orang malaysia, kami senyum2 aja  Siang malam kami turun.  Malam ada pasar malam di luar pasar Ben Thanh,, siang pula pasar di bahagian dalam, rambang mata untuk membeli, semua cantik. Yang seronoknya di sini aman, kami bebas keluar ke pasar malam dalam group 4/5 orang macam negeri sendiri.  Jalan raya pun tiada traffic jamp, yang kelihatan penuh di jalan raya adalah penunggang motosikal.

Selepas makan malam kami hanya berjalan kaki dari hotel penginapan untuk ke pasar malam Ben Thanh Market. Pengalaman manis saya apabila ke pasar malam ini, sewaktu kami tawar menawar, teman teman yang menunggu diberikan bangku untuk duduk, kalau lima orang yang menunggu maka lima bangku yang diberikan, lega rasa taklah sakit kaki berdiri lama.  Sambil tu dapatlah berehat sambil mata memandang gerai gerai yang akan dituju seterusnya.  Terdapat juga penjual yang petah berbahasa Melayu.  Kami menanyakan samada dia pernah tinggal di Malaysia. Gadis penjual tu menerangkan dia belum pernah ke Malaysia, pengalamannya sering berkomunikasi dengan banyak pelancung Malaysia yang bershopping di sini maka itu dia fasih berbahasa Malaysia. Bagusnya tak payah masuk kelas, ada orang yang lahir dan tinggal di Malaysia masih tak tahu berbahasa Melayu dengan betul.



Suasana pasar malam yang masih awal lagi dalam pukul sembilan malam, kelihatan adik saya dan anaknya sedang meninjau gerai mana yang berkenan di hati, huhuhuu..



  Anak kami tiga beradik sepupu ceria bersampan menyusuri anak sg Mekong.

Pengalaman sewaktu menaiki sampai menyusuri anak sungai Mekong, tidaklah menarik sangat, cuma kesihan pada pengayuh sampan tu.  Setiap pengayuh sampan telah di ajar skrip belas kesian dengan (skrip bahasa Inggeris) yang sama. Kerana kasihan kami pun memberikan sedikit wang tambahan sebagai tip. Inilah salah satu punca mata pencarian mereka.  Negara mereka baru membangun tak banyak peluang pekerjaan untuk mereka.  Kaum wanita juga mengayuh sampan membawa pelancung menyusuri anak sungai sehingga kami sampai ke bot yang telah menunggu untuk membawa kami makan tengah hari di pinggir Sg. Mekong.

Ok setakat ini, jumpa lagi post akan datang cerita Vietnam Sg. Mekong.


Tuesday, May 14, 2013

Sarang Burung Atas Pokok Ceri

Nampak tak sarang burung tu ada telur.  Cincai boncai aje sarang tu. Agaknya tak sempat siap dan sampai masa nak bertelur.  Ataupun memang macam tu punya sarang.  First time tengok sarang burung macam ni. sebab atas pokok ceri sebelah halaman rumah.  Suatu pagi aku lihat seekor burung duduk atas sarang tu, rupanya burung tekukur.  Petang esoknya aku intai sarang tu dah ada dua biji telur.  Kalau hari hujan tentulah telur ni rosak kena air.

Nampak ada sebiji

 
Dah ada dua biji
Sayangnya beberapa hari kemudian telur ni dah hilang, kemungkinan besar diambil tupai, sebab memang kerap kelihatan tupai atas pokok ceri makan buah ceri.  Jumpa telur lalu dikebasnya. Tentulah ibu burung tu menyumpah-nyumpah seranah, tupai kurang asam.   Nasiblah...

Cerita santai waktu petang

Sunday, May 12, 2013

Sepasang Sarung Bantal Kusyen

Inilah dia sarung bantal kusyen yang telah siap.  Saiz bantal kecil sikit, tu yang tak gebu.  Sarung kusyen saiz 16 " x 16 ".  Nanti kenalah buat bantal kusyen dengan saiz yang sama, baru ngam.  Sebab nak tayang juga, sarunglah pada bantal kusyen yang lama.  Oklah kan.  Inilah di antara produk dari hobiku yang baru bermula.  Terima kasih pada blog perkongsian ilmu bunga reben.   


Penampilan dari dekat.

Kepada peminat kraftangan. selamat berkreatif, inovatif dan aktif.  Ha tu dia... Malaysia boleh.
Jumpa lagi dengan idea yang baru.  Selamat sejahtera.


Friday, April 26, 2013

Bakul Telur Dari Reben - Tutorial

Artikel kali ni aku tunjukkanlah cara nak buat bakul dari riben . Sebelum ni aku dah tunjukkan bakul ni pada post yang lepas juga pada blog Bunga Telur. Kali ini baru ada kesempatan untuk memaparkan tutotial bakul telur ini. Kepada sesiapa yang berminat dan rajin dengan kerja tangan ni bolehlah mencubanya. Boleh diisi telur atau potpuri untuk buah tangan para tetamu.  Ha... jum kita mula.





Kita memerlukan reben saiz 1 inci hendaklah dipotong mengikut ukuran yang diberi di bawah ini:

1 - 10" ----- 1 keping (sebagai tangkai bakul)
2 - 7 1/2 " --- 2 keping (sebagai susup keliling bakul)
3 - 7 " --------8 keping ( 4 keping ukt bakul, 4 keping utk penutup di atas)
4 - 2 " -------- 16 keping (dilipat utk susupan)
 Jumlah keseluruhan potongan reben ialah 27 keping.




























Pertama:

Reben ukuran pjg 2 inci lipat kiri/kanan
untuk susupan pada setiap lapan keping reben
ukuran 7 inci.









Kedua:
Reben ukuran pjg 7  inci dilipat kedua-dua hujung dengan ukutan 1 inci juga














Ketiga:

Sarungkan begini.











Keempat:
Masukan hujung lipatan.












Kelima:
Tarik perlahan bahagian reben yg panjang dan kemaskan seperti ini. Matikan lipatan supaya kemas dan ketat.











Keenam:
Ulang lagi dengan lipatan yang sama di hujung sebelah pula,












Ketujuh:

Gambar ini kelihatan 4 keping yang telah siap dilipat.
Semua yang diperlukan kan ada lapan keping,  Empat untuk bakul di bawah dan empat untuk penutup di atas,




Ambil reben yang berukuran 7.5 inci dan sarung empat keping yang telah siap dilipat seperti di atas.


Susup hujung yg sebelah lagi mengikut turutan.

Susup bahagian hujung yang akhir sorok di dalam dan gam dgn gam uhu, kemaskan mengikut kemahiran anda.


Hasilnya dua mangkuk yang begini. Gambar di atas kelihatan bahagian penutup rendah sedikit.  Anda boleh kurangkan ukuran yang empat keping untuk penutupnya.


0
Reben ukuran 10 inci sarungkan mula dari atas penutup bakul.


Susup dicelah kiri/kanan bakul bahagian bawah, stapler/gam kedua2 bahagian dengan kemas.  Anda boleh juga menggunakan ukuran reben yang lebih panjang lagi terus hingga ke bawah bakul dan hanya gam saja bahagian bawah.  Tangkai yang saya buat ini jimat sikit,








Bolehlah dihias mengikut kreativiti anda.


Saya harap dapat difahami dengan tutorial yang termampu saya paparkan.
Selamat mencuba dan selamat berkreatif sampai lenguh jari jemari tu, janji berjaya dan berhasil  kalau rajin dan berminat memang menjadi.  Ok semoga jumpa lagi dengan produk baru,
Kalau sudi klik2 penaja yg yg kat atas atau mana2  t.kasih.