Pages

Monday, December 29, 2014

Catatan Sepi Disenja 2014


Banyak simpang di hadapan kita, pilihlah satu berdasarkan akal, berlandas hukum adat dan agama .  Untuk  apa memaparkan gambaran yang mengundang gossip murahan dan jenaka memalukan dari kerabat sekeliling kita. Untuk apa memaparkan imej tontonan umum jika tidak mahu menerima komen terbuka.  Kerana dah cukup  pandai  dan kaya, insan yang miskin dan bodoh tidak mampu memberi teguran, kerana  bimbang menerima jawapan yang lebih menyakitkan. Kita tidak sedar ada pihak yang menerima tempias dengan persoalan sinis yang tak mampu dijawab akibat dari tindak tanduk kita.  Adakah mampu memejamkan mata dan menutup mulut kerana menjaga hati yang satu, sedangkan banyak hati yang amat terluka.  Benarlah maksudnya bidalan bahasa, salah orang lain kita nampak, salah sendiri tidak sedar.     Siapa lagi yang akan mengingatkan kita, jika bukan orang yang terdekat dalam hidup kita. 
Sebelum  tersasar langkah, berhati-hatilah, jangan terperangkap dalam lentingan  emosi yang tiada sekatan.  Kita masih punya pilihan.  Wang ringgit boleh dicari, jangan menjatuhkan imej dan harga diri .


Tuala gantung pengelap tangan,, boleh juga mengelap airmata

Kepada peminat dan pelawat, terima kasih kerana sudi singgah dan selamat menyambut tahun baru 2015, semoga diberkati Allah .


Wednesday, December 24, 2014

Sarung Kotak Tisu Kait

Sebelum ni asyik kait alas meja, chairback, kemudian topi, kopiah, beg, kini percubaan pertama sarung kotak tisu, permintaan dari saudara di Kelantan.  Semoga suka ye... yang simple aje. nanti kita try yang paten lain pula.  Terima kasih pada blog perkongsian ilmu.








Monday, November 17, 2014

Topi Adik

Di bawah ini antara koleksi terbaru topi untuk adik adik kecil.
Harga RM10 hingga rm12 di jual Bengkel Lamansari Kraftangan.








Sunday, November 9, 2014

Tudung Saji - ros reben

Jum saksikan tudung saji yang telah saya hias dengan kuntuman ros dari reben.


Untuk Menutup Makanan

Digantung di dinding boleh menjadi hiasan

Wednesday, November 5, 2014

Jahitan kreatif/Hiasan bunga reben pada baju

Lamansari Kraftangan menerima tempahan untuk menjahit sulaman kreatif dari reben dengan motif bunga-bungaan hiasan pada baju kurung, dress dan kebaya.  Di bawah ini beberapa contoh baju siap dihias dengan bunga sulaman dari reben. Sulaman bunga reben sesuai dihias pada baju yang tidak bercorak (kosong).  Sekiranya anda mempunyai baju tanpa corak/plain dan ingin nampak menyerlah kami sedia menghiasnya dengan sulaman bunga reben.
Kami juga menerima tempahan baju kurung, kebaya dan jubah juga baju melayu dengan harga berpatutan.

Kepada yang berminat boleh hubungi kami di No: 012-9057551- Faizah atau 013-2549702 - Bengkel Lamansari Kraftangan.




Kurung cekak musang yg telah dihias dengan jahitan sulaman bunga reben di bahagian bawah dan hujung tangan.


                                               Gambar dari jarak dekat.


                       Baju kanak-kanan yang dihias bunga reben di bahagian bawah.


                                        Gambar dari jarak dekat    


Monday, September 15, 2014

Ikhlas

Peristiwa ini kecil tapi besar ertinya.  

Selalunya anakku akan meminta wang belanja masa ke sekolah atau untuk membeli apa apa keperluannya.  Kekadang tu aku soal siasat juga wang tu untuk apa yang akhirnya aku berikan juga. 
Suatu petang sewaktu aku membuka dompet dan terlihat sekeping wang rm5, tiba tiba  aku berikan wang rm5 tu pada anakku.

Pada malam yang sama aku menghadri majlis bacaan yasin di rumah jiran.  Semua yang hadir telah diberikan beg sebagai cenderahati. Isi di dalam beg tersebut selain kuih muih terdapat juga sampul surat yang berisi wang rm5.

Aku memberitahu anakku, "Siang tadi umi beri Hani rm5, malam ini Allah balas juga rm5 pada umi"
Dengan senyum anakku menjawab secara gurau " patutnya umi bagi Hani rm50 tentu dapat rm50 balik".
Aku menerangkan, kalau kita mengharap begitu, maknanya kita tidak ikhlas dan Allah tidak akan membalasnya dengan perkara baik..  Biar sedikit tapi ikhlas dan berkat.


Sunday, August 24, 2014

Manis Buah Anggurku

Salam untuk peminat anggur kecil-kecilan.  Walau pun dah lambat nak update gambar ni tapi dah janji tetap janji, maka ini gambar buah anggurku yang dah masak pada pertengahan Julai 2014 yang lalu,  Saiznya memang kecil saja sebab pokoknya pun taklah subur sangat.  Ini adalah buah pertama. Rasanya memang manis.

Mula berputik 14 April 2014 






20 Mei 2014

20 Jun 2014

3 Julai 2014


3 Julai 2014

Buah anggur di atas ini sudah hampir masak, warnanya hijau kekuningan. Memandangkan hujan sudah kerap, buah akan terjejas. Maka saya petik buah ini lebih awal.  Dalam setangkai tu tak semua masak serentak ada dua tiga biji yang belum cukup masak.  Nanti buah yang akan datang bolehlah dibalut bila hampir masak untuk keselamatan dari air hujan dan serangga.

Alhamdulillah manis rasanya buah anggur ini, dapatlah untuk berbuka puasa.   Semoga berbuah lebat kali kedua nanti.  


Friday, May 16, 2014

Senyuman Dan Pohon Anggurku

Perkongsian keceriaan alam tanaman untuk peminat anggur sekelian.


Inilah pokok anggurku  yang comel tu.  Dalam pasu letak tepi pagar aje. akarnya dah keluar masuk ke dalam tanah.


Salah satu putik yang sedang berkembang bunganya dan bakal menjadi buah.  Boleh katakan pagi petang aku telek perkembangannya, seronok.


Putik yang telah menjelma menjadi buah.


Setangkai putik anggur yang kian membesar

InsyAllah nanti akan ku kongsikan kemajuan seterusnya.

Tuesday, May 13, 2014

Kotak Tisu Berhias Bunga Reben

Apa kata serikan meja makan, meja kopi  atau meja makeup di rumah anda dengan kotak tisu berhias bunga reben.  Lebih istimewa lagi kalau di Hari Raya nanti.  Di bawah ini adalah antara  produk sarung kotak tisu yang dipamerkan di galeri comel kami, Lamansari Kraftangan, Kalumpang.  Dijual dengan sekotak tisu percuma telah tersedia di dalamnya.  Harga promosi RM13.50.  Kepada pengunjung yang berkelah di Sg Inki atau Kalumpang Resort, anda di alu-alukan, selamat datang ke Lamansari Kraftangan.







Wednesday, May 7, 2014

Mari Kita Buat Sarung Kotak Tisu

Posting kali ini saya nak ajak pelawat sekelian membuat Tissue  box Cover atau sarung kotak tisu yang simple tapi menawan.  Untuk yang meminati kraftangan tentu anda enjoy nak buat, pada yang tak minat tu, boleh juga belajar, lama lama nanti tentu minat.

Kotak tisu 100 sheet

Pandangan dibahagian bawah kotak.
Pandangan dari sisi


Di atas ini adalah bunga reben dan daun 'ready made' yang digunakan sebagai hiasan pada sarung kotak tisu di atas. Jika tidak pandai membuat bunga reben, dapatkan dari Lamansari Kraftangan Kalumpang (ada jualan bunga reben)


Di bawah ini adalah persediaan awal untuk menjahit sarung kotak tisu.


Bahagian atas yg telah siap dihias, daunnya menggunakan teknik sulaman reben, kalau tak ada jarum sulam, bolehlah gunakan daun ready made. Ukuran bahagian atas kotak tisu 8.2 inci pjg x 4.8 inci.  lebihkan sedikit utk bhg jahitan


Lining bahagian dalam.


Untuk bahagian bawah sediakan kain lebihkurang 30" pjg x 5 " lebar. 



Jahitkan kain bhg bawah sekeliling dan cantum hujungnya kemas.


Akhir sekali lipat bahagian tepi dalam 1/2 inci untuk dimasukkan getah dan  cerut.  Bolehlah disarungkan ke kotak tisu anda.




Dah siap, ok...

Anda boleh membuat berbagai saiz mengikut ukuran kotak tisu, 100 sheets atau 200 sheets atau kotak berbentuk empat segi, cuma ikut saja ukurannya.  Projek ini tidak menggunakan kain yang banyak , mungkin anda boleh memanfaatkan kain lebihan langsir tentu kelihatan sedondon.  Kali ini meja meja di rumah anda akan berseri dengan kotak tisu yang berhias cantik. Harap anda semua dapat membuatnya dan selamat berjaya dan berkreatif.


Tuesday, April 29, 2014

Anggurku Berbuah Lagi

Kepada geng peminat tanam anggur, ingin ku kongsikan lagi cerita gembira ini. Macam tak percaya aje pokok anggur keduaku yang come lote ini dah berputik.  Terkejut beruk (taklah terlompat-lompat) cuma senyum sorang je. Seronoknya riang hati tak terkata.   


Pokok anggur ni kecil aje, ada lima cabang yang baru tumbuh setelah ku cantas habis beberapa minggu lalu disebabkan  dahan yang memanjat ke pagar kelihatan kurus dan tak terurus.  Tak sangka pula cabang yang baru tumbuh ni berputik , Alhamdullilah.


Lima hari kemudian...
Disebabkan tak ada para untuk bakal buah anggur tu bertahan aku cuma ikatkan tali pada keliling pancang kayu dalam pasu tu.  Ok juga, macam bongsailah pula. Pokok yang pertama dah berbuah, memang manis, masak warna hijau kuning.


Gambar atas salah satu dari empat tangkai putik yang pertama. Dahan yang lain tu putiknya agak kecil. Pokok anggur ni tepi pagar aje, keselamatan tak dijamin.  Aku dah cuba angkat pasu tu ke tempat lain, tapi sayangnya dah berakar umbi ke dalam tanah, biar sajalah di situ, mudah mudahan ada rezeki sampai buah tu masak.


Friday, April 25, 2014

Lamansari - Tote Bag

Tote bag atau beg sandang koleksi terbaru dari Lamansari.  Ukuran Lebar 14.5", Tinggi 13", lebar tapak 3", berzip dan satu poket di dalam.  Harga rm43/-. Hiasan rose reben, fully handmade dari Lamansari. Sekiranya berminat singgahlah di galeri comel Lamansari Kraftangan, Lorong 1 (Jln Sg. Inki) Kg. Pasir Putih, Kalumpang, Hulu Selangor. Hadiahkanlah sebagai cenderahati untuk yang disayang. 

Ros reben hiasan utama

Baru siap, bergaya senget.

Hiasan pada beg jarak dekat

Bukaan zip

Hiasan ros reben dari jarak dekat.

Jahit jelujur pd tali pun tak sempat nak tanggal dah snap gambar.

Salah satu yg baru siap

Ini dia dah gantung kat Lamansari Kraftangan.

Terima kasih kerana menghargai kraftangan.  Memilikinya kerana nilai kreativiti tangan adalah exclusive, tidak serupa dengan yang lain.


Friday, March 14, 2014

Misi Mencari MH370

 

Menjejakimu MH370

Duhai angin laut China Selatan
pada kebiruan airmu tiada bayangan petanda
pada derain ombakmu adalah airmata kami

Kemanakah hilangmu MH370
tanpa tanda untuk kami jejaki
tanpa buihmu di lautan untuk kami selami

Di lautan manakah, di daratan manakah
akan kami redahi, akan kami rempuhi 
seluruh desa, seluruh negara, seluruh dunia
berpadu menghulur tangan
berpadu menghimpun doa

Ya Allah, bukakanlah hijab pandangan kami
berikanlah hidayahMu kepada kami
kami reda kepadaMu

Roskraf
14.3.14