Pages

Monday, December 29, 2014

Catatan Sepi Disenja 2014


Banyak simpang di hadapan kita, pilihlah satu berdasarkan akal, berlandas hukum adat dan agama .  Untuk  apa memaparkan gambaran yang mengundang gossip murahan dan jenaka memalukan dari kerabat sekeliling kita. Untuk apa memaparkan imej tontonan umum jika tidak mahu menerima komen terbuka.  Kerana dah cukup  pandai  dan kaya, insan yang miskin dan bodoh tidak mampu memberi teguran, kerana  bimbang menerima jawapan yang lebih menyakitkan. Kita tidak sedar ada pihak yang menerima tempias dengan persoalan sinis yang tak mampu dijawab akibat dari tindak tanduk kita.  Adakah mampu memejamkan mata dan menutup mulut kerana menjaga hati yang satu, sedangkan banyak hati yang amat terluka.  Benarlah maksudnya bidalan bahasa, salah orang lain kita nampak, salah sendiri tidak sedar.     Siapa lagi yang akan mengingatkan kita, jika bukan orang yang terdekat dalam hidup kita. 
Sebelum  tersasar langkah, berhati-hatilah, jangan terperangkap dalam lentingan  emosi yang tiada sekatan.  Kita masih punya pilihan.  Wang ringgit boleh dicari, jangan menjatuhkan imej dan harga diri .


Tuala gantung pengelap tangan,, boleh juga mengelap airmata

Kepada peminat dan pelawat, terima kasih kerana sudi singgah dan selamat menyambut tahun baru 2015, semoga diberkati Allah .


Wednesday, December 24, 2014

Sarung Kotak Tisu Kait

Sebelum ni asyik kait alas meja, chairback, kemudian topi, kopiah, beg, kini percubaan pertama sarung kotak tisu, permintaan dari saudara di Kelantan.  Semoga suka ye... yang simple aje. nanti kita try yang paten lain pula.  Terima kasih pada blog perkongsian ilmu.