Pages

Thursday, February 13, 2014

Lamansari Kraftangan

Selamat Datang Ke Lamansari Kraftangan

Di bawah ini antara hasil tangan saya yang dijual di Bengkel Lamansari Kraftangan, bertempat di jalan sungai Inki, Kg. Pasir Putih, Kalumpang, Hulu Selangor. Kepada pengunjung yang berkelah ke sungai Inki atau menginap di Kalumpang Resort silalah singgah di Lamansari Kraftangan untuk membeli cenderahati sebagai kenangan dibawa pulang. Bengkel aktiviti adik beradik dan anak beranak juga menerima tempahan menjahit pakaian.  




brooch sekuntum mawar merah
Kusyen dan sarung kusyen

Kosmetik pouch/beg comel pelbagai guna


Untuk adik adik boleh pilih yg ini

Beg alatulis
Sokonglah industri comel kami.  Terima kasih kerana meminati dan menghargai kraftangan.  


Wednesday, February 12, 2014

Oh Buah Anggurku - Aku Terkedu

Tak ada rezeki.. Itu yang dapat ku ucapkan tatkala melihat tiga dari empat tangkai  gugusan buah anggur pertama yang sedang membesar telah hilang.  Sesiapapun yang mengambilnya adalah kerana teruja melihat buah tersebut, maklumlah jelas kelihatan dari luar pagar tepi jalan. Buah anggur tu terlalu masam untuk dimakan kerana masih muda, macam makan buah mangga yang masih muda. Memang salahku sendiri kerana keluar tidak menutup pintu pagar. Hanya tinggal segugus yang kecil, itupun kerana tersorok di celah daun.  Apapun aku berdoa agar pokok anggurku akan berbuah lebih lebat lagi agar ramai dapat merasai buah anggurku. 

Setangkai kecil ini saja yang tinggal