Pages

Wednesday, February 20, 2013

Beg Make up Atau Beg Sirih

                                                                             

Inilah bahan bahan untuk makan sirih
Nenek-nenek zaman dulu makan sirih, mereka mempunyai beg sirih yang dibawa ke mana-mana.  Selalunya beg sirih ini dianyam dari pandan (mengkuang) yang buat tikar tu.  Nenek-nenek kalau datang bertandang ke rumah kawan kawan atau saudara mara siap bawa beg sirihnya macam bebudak kecik bawa bantal busuknyalah.  Di dalamnya terdapat beberapa helai daun sirih dan rencah untuk makan sirih seperti gambir, pinang dan kapur.  Kalau yang dah tak ada gigi tu ada gobek sirih gunanya untuk menumbuk sirih, setelah lumat barulah dimasukkan ke dalam mulut.  Lebih lengkap lagi ada tembakau dan rokok daun.  Ha..itu dulu-dulu.  Nenek zaman sekarang ni  dah tak makan sirih atau hisap rokok daun, tak glamour gitu.  Nenek zaman sekarang ada macam-macam aktiviti, kalau di kampung-kampung ada kumpulan marhaban, yasin, mesyuarat Pers. Wanita, mesyuarat JKKK, mesyuarat AJK bermacam persatuan.  Untuk ke aktiviti ni mereka perlukan beg sirih ini tetapi bukan untuk simpan sirih, beg ini untuk simpan handphone, alat tulis, makeup. ubat-ubatan seperti balm, tisue dan apa jua yang comel-comel. Kali ini saya tampilkan menarik dan ada kelas (beg sirih zaman moden).  Berasaskan fabric warna plain bagi menyerlahkan hiasannya. Tetap bertemakan kumtuman ros riben juga handmade dari saya. (Nama je beg sirih) nak bagi nama beg kecik, pouch ke apa beg pun boleh.   Beg kecil ini bolehlah disimpan pula dalam beg sandang  sekiranya membawa beg sandang (tote bag).  Semoga menjadi inspirasi kepada peminat peminat kraftangan memenuhi hobi yang membuat hati kita rasa puas dan  bangga dengan  hasil tangan sendiri.  Lihatlah di bawah ini produk atau hobi yang telah saya hasilkan.  Saiz 8.5"pjg x 5" tinggi. Lebar tapak 2.5" - 3". dua make pouch dengan hiasan kuntuman ros dari reben.   Bakal dipamerkan di kedai saya nanti, op belum ada kedai tengah berangan nak buka kedai ewah..  InsyaAllah.                                       

Percubaan musim pertama, kurang memuaskan
percubaan musim kedua, oklah kan

Sunday, February 3, 2013

Kraftanganku III

Tempat pensil lagi, nak buat stockla ni, simpan dalam kotak, nanti dah banyak, bolehlah ..main kedai kedai

Warna pink ni tentu banyak yang syuka
jum telek...recycle tin                                                                                          



















Dulu masa kecil selalu juga tangkap lady bird ni buat main, sekarang ni payah pula nak jumpa, kenalah buat sendiri, ok kan, dia tak boleh terbang.




Lalala,,, kami bersantai saja
jumpa kami nanti di.....oo kami belum ada rumah lagi, masih gelandangan.

Bunga-bunga cinta



Bunga bunga cinta mekar di halaman
bunga bunga reben megah warnamu
bunga ...apa lagi   oooo

Ha... ini dia bunga cinta reben
jeng jeng jeng dunia reben yang penuh warna warni
ciptaan jari jemariku
inilah di antara yang terhasil setakat ini

2013 mekar bersama kuntum mawar dari reben
terima kasih kepada blog perkongsian ilmu reben.

Nnanti dah siap jadi sarung bantal kusyen
Jum telek ,,,,,