Pages

Thursday, October 20, 2011

Azlina Firzah, Aku dan Kanser.


Dr Azlina Firzah
Andainya penyakit ini tidak menimpa diriku, kita tidak mungkin bertemu. Kita tidak mungkin berbicara hidup dan mati, tangis dan ketawa. Setiap penyakit ada ubatnya.  Kita hendaklah berusaha selagi termampu.  Dikala penyakit ini menguji diri, sebagai insan yang terbatas kemampuan kita perlukan bantuan. Di luar sana banyak orang yang akan membantu, banyak orang yang akan mendoakan, banyak orang yang akan memberi semangat.. Penyakit maut ini sudah semestinya mengundang keresahan, kesedihan, merudum hati dan perasaaan insan-insan tersayang.  Kepakaranmu menjadi keyakinan untuk insan-insan sepertiku.  Kemanisan mu, keramahan mu, kelembutanmu menjadi penawar dan kelegaan di hati.  
Aku rela, aku pasrah aku yakin kepada ketentuan Allah yang menentukan pengubatan, penyembuhan. Allah yang memakbulkan doaku dan insan-insan tersayang.  Aku datang bertamu di gedung rawatanmu, aku datang bagai menyerah diri yang tak berdaya.  Aku ingin menghimpun semangat ini agar kuat, gagah melaluinya.  Terima kasih yang tidak terhingga, Dari jauh aku doakan kesejahteraanmu di samping menjalani tugas muliamu.
Dr Azlina Firzah, akulah pasakit mu yang tidak akan  melupakan jasamu hingga ke akhir hayat.
Kepada insan hawa di luar sana, tampillah mendapatkan rawatan secepat mungkin.  Pakar-Pakar terlatih di hospital kerajaan sedia membantu, jika berkemampuan hospital swasta juga ada, ingatlah orang-orang yang tersayang.

Wednesday, October 19, 2011

Mawar Ungu Dariku

 Laman Roskraf kali ini hadir dengan mawar ungu untuk bunga telur gantung.  Masih bermotifkan mawar/ros dari riben organza.  Ciptaan saya kali ini mudah dan simple, sesiapa yang sedang mencari idea boleh membuatnya.  Untuk lebih mewah boleh ditambah manik goyang , sesungut atau kupu-kupu mengikut citarasa dan tema warna pilihan. Roskraf akan terus memaparkan hasil ciptaan bunga telur untuk mereka yang minat dan suka membuat sendiri. Selamat mencuba dan jumpa lagi dengan ciptaan yang baru dari saya.

Mawar Cinta
Mawar Pesona

Monday, October 3, 2011

Jus Lemon dan Madu Lebah - Ubat Batuk

Minggu lepas aku ke hospital untuk mendapatkan rawatan selsema dan batuk yang teruk, kerana dah dua malam tak dapat tidor gangguan batuk, badan letih macamana nak pergi kerja.  Doktor tu cuma bagi cuti sakit 1 hari saja.  Aku bukan suka-suka nak cuti sakit tapi badan memang tak daya nak pergi kerja aku pun sambunglah cuti sendiri satu hari lagi. Sebenarnya aku rasa tak sihat lagi.  Doktor ni tak nampakke aku benar-benar tak sihat.  Dah hujung tahun cuti rehat pun tinggal sikit , kalau masih banyak bolehlah aku cuti lama-lama.  Agaknya sebab itu pesakit lebih suka pergi klinik swasta, sekurang-kurangnya doktor tu bagi dua hari cuti sakit.  Sehingga artikel ni aku tulis aku rasa masih belum benar-benar sehat.  Alhamdulliah ubat yang aku cuba sendiri lebih berkesan, iaitu perahan jus lemon (limau yang lonjong itu) dicampur dengan madu lebah.  Sebelum ni dah dua botol ubat batuk hospital habis, termasuk juga beberapa jenis pil untuk kahak tapi kung kang, kung kang juga siang malam. Badan pun sakit-sakit.  Setelah minum perahan limau dan madu lebah tu, memang rasa kurang dan bertambah lega tekak dari mengernyam batuk. Minum sesudu besar waktu pagi, petang dan sebelum tidor.  Ubat batuk ini memang ramai yang tahu, cuma pertama kali aku mencubanya.  Kepada yang sedang batuk-batuk tu, cubalah ubat batuk ini. Madu lebah mestilah yang asli. Buah lemon ada terdapat di pasar-pasar.