Pages

Thursday, September 22, 2011

Bila Tengok Trafik Mencacak - Naik Takut Juga

Pandangan dari atas
Buka blog tengok trafik, boleh tahan. Sebelum raya, selepas raya, tengok trafik je, balik kerja, pergi kerja  tengok trafik.  Buat pertama kali aku dan dah jemu tengok trafik mencacak je.  Kalau dapat habuan tak pe juga, ni silap-silap kena block pula, habislah.  Apa masalah trafik ni, kekadang ada, kekadang tak ada langsung.
Tiba-tiba anak aku di sebelah bersuara " Umi relaxlah, trafik banyak kan bagus, kita berjaya menuju destinasi dengan aman tanpa disaman, sebab kita bukan pesalah jalanraya.  
Pandangann dari sisi
 Ye tak ye, kita kan nak pergi kedai bunga, beli riben nak buat bunga telur.  Gambar yang tertera adalah diantara beberapa koleksi ciptaanku untuk mereka yang berminat membuat sendiri, ok senyum selalu. selamat mencuba..

Inilah Trafik yg diimaksudkan 



Monday, September 19, 2011

Nuffnang Datang Lagi

Bunga hiasan -Ros organza ciptaanku
Semalam tengok earning aku bertambahlah sikit. Aku pun sedar kemampuan blog aku ni,  namun gitu pakcik nuffnang ni ada jugalah bagi  iklan, cikit-cikit pun jadi lah, lama-lama jadi bukit.  Maklumlah aku ni selalu tak ada masa nak update.  Bila nak update kena fikir betul-betul, manfaatke tidak artikel aku ni, sukake tidak,  at last tak jadi update sebab tak lengkap, ishk ishk tak pe, tak pe.  Malulah nak cakap earning  tak seberapa, sekadar buat tangkal untuk rajin-rajin update.  Kali ini ros dari organza menonjolkan diri dalam warna oren, kepada sesiapa tengah cari idea  bolehlah cuba membuatnya.  

Monday, September 12, 2011

Tegakkan Keutuhan Sejarah dan Pengorbanan Para Pejuang Negara

Beberapa kali aku menjengah ke teratak ku ini, rasanya tak ada isu atau idea, sekadar mengupas isu atau berita dari surat kabar, member opis aku kata, hai tak syoklah dah tau pun.  Lagi pun mood letih aje, lepas bercuti raya, ada kenduri perkahwinan pula.  Teringat aku isu fakta sejarah negara, perjuangan para pahlawan negara yang telah pergi meninggal jasa dan pengorbanan demi maruah bangsa. Kitalah keturunan yang akan menyambung warisan mempertahankan tanah air ini. Tak mampu dengan tenaga atau senjata, pertahankanlah dengan lagu, sajak atau pantun patriotik.  Semaikan semangat negarawan di jiwa anak-anak kita. 

Hayatilah lirik lagu ini:
Anak kecil main api

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia


Kenangkanlah pengorbanan para pejuang kemerdekaan.  Tanpa mereka entah kemana kita merempat.  Lihatlah banyak negara yang musnah akibat rakyat dan pemimpin tidak bersatu. 
Bersemangat pula aku hari ni, cukup-cukuplah ye, nanti jumpa lagi.

Tuesday, September 6, 2011

Lebih Baik Gagal..

Falsafah lagi...

Setiap orang ada pengalaman masing-masing. Pahit manis, suka duka dalam kehidupan.  Setelah melalui episod demi episod kehidupan kadangkala kita mengakui. lebih baik begini, lebih baik begitu.  Kadangkala juga kita tidak dapat menerima kenyataan.  Semuanya harus ditelan, dilalui seiring masa. Menghendaki, memiliki sesuatu yang amat sederhana pun begitu payah dan sakit.  Bersetujukah anda dengan falsafah ini.  Falsafah dari seorang pujangga terdahulu.  Mungkin anda pernah membacanya, kembangkanlah maksud yang tersirat mengikut tafsiran kebijaksanaan anda:

" LEBIH BAIK GAGAL DALAM PERKAHWINAN                                                       DARIPADA TIDAK PERNAH BERKAHWIN,                                                        LEBIH BAIK GAGAL DALAM PERCINTAAN                                           DARIPADA TIDAK PERNAH BERCINTA"

Pengalaman gagal menjadikan kita matang dan berhati-hati.  Jangan jadikan kegagalan untuk kita berputus asa dalam apa jua yang kita perjuangkan. Adakala kegagalan berpunca dari kesilapan sendiri atau di pihak lain atau memang kita tidak bernasib baik. Ha.. kalau yang belum pernah bercinta tu eloklah bercinta, kalau yang merancang nak kahwin tu teruskanlahn perkahwinan anda mudah-mudahan tidak menemui kegagalan.  Falsafah di atas tu untuk melegakan perasaan hati orang yang pernah gagal bukan untuk menyesal.  Kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan segalanya.