Pages

Wednesday, July 27, 2011

Petola Bantal - Selain buat sayur.......

Serat petola yg telah kering 
Buah petola bantal 
Pertama kali melihat serat petola di sebuah kedai (masa tu tidak kenal petola bantal) lalu bertanya pada tuan kedai apa benda yang seperti sarang burung itu.  Dari penerangan tuan kedai ianya berasal dari sabut buah petola bantal yang telah masak dan kering, kemudian dibuang kulit dan bijinya, ianya amat sesuai untuk membasuh pinggan mangkuk.  Setelah lama digunakan semakin lembut dan boleh juga digosokkan pada badan.  Memang benar hingga sekarang setelah sepuluh tahun saya tidak pernah lagi membeli span untuk menggosok pinggan mangkuk, kerana serat dari petola bantal ini amat istimewa, ia tetap kekal warnanya seperti biasa malah semakin lembut, lebihan minyak tidak melekat pada serat petola (luffa) yang kita gunakan.  Saya tidak lagi membelinya di kedai, kerana emak saya ada menanamnya dibelakang rumah, pokoknya amat subur, buahnya bukan untuk dibuat sayur tapi lebih bermaksud untuk dijadikan span membasuh pinggan mangkuk.  Kalau dibuat sayur pun boleh, masak tumis air, tumbuk bawang merah/putih, ikan bilis, sedikit lada hitam, potonglah cili merah buat hiasan, boleh tahan...
Anugerah alam semulajadi, manfaatkanlah sebaik mungkin.  



Thursday, July 21, 2011

Sejambak Anggur Buat Hantaran

Bahan-bahannya:
Sebungkus/satu balang bebola coklet (warna emas)
Plastik pembalut warna merah/hijau
dawai, pelilit hijau & daun anggur plastik.

Balut satu persatu
Ikat pada dawai dgn pelilit hijau
                                                                                             

Lihat gambar-gambar yang tertera anda tentu boleh membuatnya.  Anggur ini boleh digubah dalam dulang hantaran atau dalam bakul mengikut kreativiti masing-masing.  Kelihatan manis dan manarik.  Ini gubahan anggur yang ditempah oleh Chief saya.  Mudah membuatnya, ok selamat  mencuba pasti jadi.

Sejambak anggur merah
Anggur merah dan hijau


Monday, July 18, 2011

Jum Jahit Langsir


Raya tahun ni nak buat langsir macam mana pula ye. Langsir ni mudah membuatnya, tapi taklah popular, sebab jarang nampak orang buat, atau pun pesen lama.  Namanya langsir smocking, bukan macam smocking baju kanak-kanak tu. Nampak macam leceh tapi .. mudah je.  Kita cuma jahit kedut 'box pleat' guna kain yang agak panjanglah sikit.  Cantum pada pita yang telah dibalut kain yang sama, potong lebihan kedut, tutup dengan lebihan satu lipatan di hujung pita.  Untuk menjahit smockingnya anda perlu gantung atau pin langsir tu di mana anda boleh duduk menggunakan jarum tangan untuk membuat cantuman smocking. Tengok gambar tentu anda boleh membuatnya. Cubit pada lipatan, cantum berselang seli, ukuran jarak mengikut anggaran sendiri. Terpulang berapa tingkat kita nak buat, cantik tiga atau empat tingkat. Untuk lebih menarik boleh di jahit manik atau bunga kecil pada setiap cantuman. Kepada yang rajin jahit langsir sendiri, selamat mencuba.  Kekadang kita kreatif tapi takut tak menjadi, cuba dulu baru tahu, tentu kita bangga pandai buat sendiri, lagi pun jimat bajet tak perlu keluar duit untuk bayar upah. Ok.. selamat berjaya.

Monday, July 11, 2011