Dah hampir dua bulan berlalu baru aku dapat paparkan cerita cerita Vietnam. Bak kata orang dah basi, tapi pengalaman di sana masih segar ingin dikongsikan bersama. Mungkin rakan rakan lain pernah berkunjung ke sana tentu dengan pengalaman berbeza. Ikutilah seterusnya serba sedikit kenangan yang sempat ku kutip sepanjang menjejakkan kaki di bandar Ho Chi Minh, Vietnam.
Bersama teman, adik dan anak anak selamat menjejakkan kaki di bumi Vietnam
Tarikh 1 Mei kami berlepas dari KLIA ke Bandaraya Ho Chi Minh Vietnam. Menyertai rombongan pejabat seramai lebih kurang 70 orang. Waktu ini seluruh negara sedang sebok menghadapi pilihanraya pada 5 Mei 2013. Ada di antara kami yang terlibat menjadi urusetia dan petugas pilihanraya terpaksa pulang lebih awal dan ada yang membatalkan pemergiannya. Kami pulang ke Malaysia pada 4 Mei Sabtu dan Ahad tu 5 Mei teruslah mengundi. Sempatlah menunaikan tanggungjawab sebagai warga negara.
Ni aku nak cerita sikit tentang pengalaman ke Vietnam. Sebelum tu dah tukar dah mata wang USD dan Dong. Untuk makluman yang belum pergi, di sana guna matawang rm pun boleh, tak ada masalah kalau tak sempat tukar USD atau Dong. Shopping di sana amatlah mudah dan aman, walau pun kena juga tawar menawar. Hotel penginapan kami pun berdekatan dengan pasar Ben Thanh yang terkenal pada kebanyakan pelancung Malaysia, memang aku banyak juga jumpa orang malaysia, kami senyum2 aja Siang malam kami turun. Malam ada pasar malam di luar pasar Ben Thanh,, siang pula pasar di bahagian dalam, rambang mata untuk membeli, semua cantik. Yang seronoknya di sini aman, kami bebas keluar ke pasar malam dalam group 4/5 orang macam negeri sendiri. Jalan raya pun tiada traffic jamp, yang kelihatan penuh di jalan raya adalah penunggang motosikal.
Selepas makan malam kami hanya berjalan kaki dari hotel penginapan untuk ke pasar malam Ben Thanh Market. Pengalaman manis saya apabila ke pasar malam ini, sewaktu kami tawar menawar, teman teman yang menunggu diberikan bangku untuk duduk, kalau lima orang yang menunggu maka lima bangku yang diberikan, lega rasa taklah sakit kaki berdiri lama. Sambil tu dapatlah berehat sambil mata memandang gerai gerai yang akan dituju seterusnya. Terdapat juga penjual yang petah berbahasa Melayu. Kami menanyakan samada dia pernah tinggal di Malaysia. Gadis penjual tu menerangkan dia belum pernah ke Malaysia, pengalamannya sering berkomunikasi dengan banyak pelancung Malaysia yang bershopping di sini maka itu dia fasih berbahasa Malaysia. Bagusnya tak payah masuk kelas, ada orang yang lahir dan tinggal di Malaysia masih tak tahu berbahasa Melayu dengan betul.
Suasana pasar malam yang masih awal lagi dalam pukul sembilan malam, kelihatan adik saya dan anaknya sedang meninjau gerai mana yang berkenan di hati, huhuhuu..
Anak kami tiga beradik sepupu ceria bersampan menyusuri anak sg Mekong.
Pengalaman sewaktu menaiki sampai menyusuri anak sungai Mekong, tidaklah menarik sangat, cuma kesihan pada pengayuh sampan tu. Setiap pengayuh sampan telah di ajar skrip belas kesian dengan (skrip bahasa Inggeris) yang sama. Kerana kasihan kami pun memberikan sedikit wang tambahan sebagai tip. Inilah salah satu punca mata pencarian mereka. Negara mereka baru membangun tak banyak peluang pekerjaan untuk mereka. Kaum wanita juga mengayuh sampan membawa pelancung menyusuri anak sungai sehingga kami sampai ke bot yang telah menunggu untuk membawa kami makan tengah hari di pinggir Sg. Mekong.
Ok setakat ini, jumpa lagi post akan datang cerita Vietnam Sg. Mekong.