Pages

Thursday, March 1, 2018

Balang Berhias Bunga Reben

Oleh kerana kemalasan nak update blog, ini merupakan projek 2017.  Hehehe, tengok2 je lah.










Sunday, September 20, 2015

Lee Min Ho - Lukisan

Lukisan juga seni seperti kraftangan.  Kini aku kembali melukis setelah betahun tahun meninggalkannya. Lukisan potret hitam putih hanya dengan sebatang pensil.

Potret di bawah adalah artis Korea Lee Min Ho .  Dalam progress. 


70 % siap

95 % siap

Tuesday, May 13, 2014

Kotak Tisu Berhias Bunga Reben

Apa kata serikan meja makan, meja kopi  atau meja makeup di rumah anda dengan kotak tisu berhias bunga reben.  Lebih istimewa lagi kalau di Hari Raya nanti.  Di bawah ini adalah antara  produk sarung kotak tisu yang dipamerkan di galeri comel kami, Lamansari Kraftangan, Kalumpang.  Dijual dengan sekotak tisu percuma telah tersedia di dalamnya.  Harga promosi RM13.50.  Kepada pengunjung yang berkelah di Sg Inki atau Kalumpang Resort, anda di alu-alukan, selamat datang ke Lamansari Kraftangan.







Wednesday, May 7, 2014

Mari Kita Buat Sarung Kotak Tisu

Posting kali ini saya nak ajak pelawat sekelian membuat Tissue  box Cover atau sarung kotak tisu yang simple tapi menawan.  Untuk yang meminati kraftangan tentu anda enjoy nak buat, pada yang tak minat tu, boleh juga belajar, lama lama nanti tentu minat.

Kotak tisu 100 sheet

Pandangan dibahagian bawah kotak.
Pandangan dari sisi


Di atas ini adalah bunga reben dan daun 'ready made' yang digunakan sebagai hiasan pada sarung kotak tisu di atas. Jika tidak pandai membuat bunga reben, dapatkan dari Lamansari Kraftangan Kalumpang (ada jualan bunga reben)


Di bawah ini adalah persediaan awal untuk menjahit sarung kotak tisu.


Bahagian atas yg telah siap dihias, daunnya menggunakan teknik sulaman reben, kalau tak ada jarum sulam, bolehlah gunakan daun ready made. Ukuran bahagian atas kotak tisu 8.2 inci pjg x 4.8 inci.  lebihkan sedikit utk bhg jahitan


Lining bahagian dalam.


Untuk bahagian bawah sediakan kain lebihkurang 30" pjg x 5 " lebar. 



Jahitkan kain bhg bawah sekeliling dan cantum hujungnya kemas.


Akhir sekali lipat bahagian tepi dalam 1/2 inci untuk dimasukkan getah dan  cerut.  Bolehlah disarungkan ke kotak tisu anda.




Dah siap, ok...

Anda boleh membuat berbagai saiz mengikut ukuran kotak tisu, 100 sheets atau 200 sheets atau kotak berbentuk empat segi, cuma ikut saja ukurannya.  Projek ini tidak menggunakan kain yang banyak , mungkin anda boleh memanfaatkan kain lebihan langsir tentu kelihatan sedondon.  Kali ini meja meja di rumah anda akan berseri dengan kotak tisu yang berhias cantik. Harap anda semua dapat membuatnya dan selamat berjaya dan berkreatif. Terima kasih kliklah iklan2 yang nampaktu.