Pages

Monday, September 15, 2014

Ikhlas

Peristiwa ini kecil tapi besar ertinya.  

Selalunya anakku akan meminta wang belanja masa ke sekolah atau untuk membeli apa apa keperluannya.  Kekadang tu aku soal siasat juga wang tu untuk apa yang akhirnya aku berikan juga. 
Suatu petang sewaktu aku membuka dompet dan terlihat sekeping wang rm5, tiba tiba  aku berikan wang rm5 tu pada anakku.

Pada malam yang sama aku menghadri majlis bacaan yasin di rumah jiran.  Semua yang hadir telah diberikan beg sebagai cenderahati. Isi di dalam beg tersebut selain kuih muih terdapat juga sampul surat yang berisi wang rm5.

Aku memberitahu anakku, "Siang tadi umi beri Hani rm5, malam ini Allah balas juga rm5 pada umi"
Dengan senyum anakku menjawab secara gurau " patutnya umi bagi Hani rm50 tentu dapat rm50 balik".
Aku menerangkan, kalau kita mengharap begitu, maknanya kita tidak ikhlas dan Allah tidak akan membalasnya dengan perkara baik..  Biar sedikit tapi ikhlas dan berkat.


No comments: