Pages

Tuesday, April 29, 2014

Anggurku Berbuah Lagi

Kepada geng peminat tanam anggur, ingin ku kongsikan lagi cerita gembira ini. Macam tak percaya aje pokok anggur keduaku yang come lote ini dah berputik.  Terkejut beruk (taklah terlompat-lompat) cuma senyum sorang je. Seronoknya riang hati tak terkata.   


Pokok anggur ni kecil aje, ada lima cabang yang baru tumbuh setelah ku cantas habis beberapa minggu lalu disebabkan  dahan yang memanjat ke pagar kelihatan kurus dan tak terurus.  Tak sangka pula cabang yang baru tumbuh ni berputik , Alhamdullilah.


Lima hari kemudian...
Disebabkan tak ada para untuk bakal buah anggur tu bertahan aku cuma ikatkan tali pada keliling pancang kayu dalam pasu tu.  Ok juga, macam bongsailah pula. Pokok yang pertama dah berbuah, memang manis, masak warna hijau kuning.


Gambar atas salah satu dari empat tangkai putik yang pertama. Dahan yang lain tu putiknya agak kecil. Pokok anggur ni tepi pagar aje, keselamatan tak dijamin.  Aku dah cuba angkat pasu tu ke tempat lain, tapi sayangnya dah berakar umbi ke dalam tanah, biar sajalah di situ, mudah mudahan ada rezeki sampai buah tu masak.


No comments: