Pages

Wednesday, February 12, 2014

Oh Buah Anggurku - Aku Terkedu

Tak ada rezeki.. Itu yang dapat ku ucapkan tatkala melihat tiga dari empat tangkai  gugusan buah anggur pertama yang sedang membesar telah hilang.  Sesiapapun yang mengambilnya adalah kerana teruja melihat buah tersebut, maklumlah jelas kelihatan dari luar pagar tepi jalan. Buah anggur tu terlalu masam untuk dimakan kerana masih muda, macam makan buah mangga yang masih muda. Memang salahku sendiri kerana keluar tidak menutup pintu pagar. Hanya tinggal segugus yang kecil, itupun kerana tersorok di celah daun.  Apapun aku berdoa agar pokok anggurku akan berbuah lebih lebat lagi agar ramai dapat merasai buah anggurku. 

Setangkai kecil ini saja yang tinggal

No comments: