Pages

Monday, June 24, 2013

Baju sulam manik - Vietnam

Mari kita jamu mata disamping ber 'shopping'.  Jaga-jaga jangan boros.  Di Malaysia pun kita boleh dapatkan baju  kurung sulam manik kerana kebanyakannya pun diimpot dari Vietnam tetapi di sini kita dapat harga yang lebih murah.  Lagi pandai tawar lagi murah. Berapa banyak pula nak beli.  Kalau nak berniaga bolehlah beli banyak dan dapat harga yang lebih murah lagi.  Kebanyakan di sini lebih senang menggunakan RM sahaja, bolehlah nak bandingkan harga di M'sia tapi masih berbaloi dari jauh datang membeli.














Kita boleh pilih dari jenis fabrik apa yang disukai, satin, cotton, chifon, sutera, dan lain-lain.  Kami taklah memborong sekadar beli untuk sendiri dan anak-anak.  Kali pertama datang dak rancang nak beli banyak.  Mungkin ada rezeki di lain kali boleh datang lagi.  Tujuan utama nak jalan jalan bawa anak lihat negara orang sekadar yang mampu.

Ok jumpa lagi.

2 comments:

Lady ★ Hanna said...

murah ke kaen kt vietnam? bpe tukaran duet sana ngn malaysia ye?

rosekrafebihani said...

Baju sulam manik boleh dikatakan murah, Kain coton pun murah (bidang 60"). Tukaran mata wang 100k dong vietnam lebih kurang RM15.00. USD pun digunakan. Kebanyakan kedai menjual baju kurung di sini berurus niaga menggunakan RM.