Pages

Friday, April 19, 2013

Bunga dan Keindahan

Salam sejahtera, rindu rasanya nak melayan perasaan.  Maklumkan sejak akhir ni sebok dengan kraftangan hingga terlupa sejenak bunga-bunga di luar sana yang terbiar.  Aku bukanlah rajin sangat tanam bunga, tapi bolehlah minat tu memang minat.  Kata setengah orang bunga orkid paling mudah nak jaga, tak bersiram pun hidup juga. Ha... itulah aku tanam bunga orkid, sangkut sana sini pun hidup juga, tapi bukanlah orkid yang mahal mahal tu, yang aku tanam adalah orkid hujan panas.  Baru-baru ni aku tempahlah rangka besi pondok untuk bunga orkid ku dari tukang besi yang berdekatan.  Atapnya aku pasang sendiri.

 Selepasni bolehlah orkidku menarik nafas lega setelah punya pondok sendiri, maklumlah sebelumni menumpang sangkut bawah pokok rambutan, bawah pokok ceri, tepi pagar.  Tak lama lagi berebutlah mereka semua berbunga untuk bersaing menarik perhatian aku, supaya aku buat pula pondok yang lebih besar, ala-ala banglo. kah kah kah.







Ini pula rak pinggan yang dah tak digunakan, recycle buat tempat pemulihan bunga bunga yang hampir nyawa-nyawa ikan. Dont worry mereka tetap hidup, letak bawah pokok rambutan, tak lama lagi segarlah semula.













No comments: