Pages

Thursday, August 2, 2012

Mercun Punya Cerita - Masih tak serik

Kenapa tak jeran lagi, dah banyak peristiwa kemalangan kerana main mercun tapi tak serik juga, nak main juga.  Mana dapat mercun tu, buat sendiri ke, beli kat pasar gelap ke.  Setiap tahun ada saja kecederaan akibat main mercun.  Kerajaan dan ibu bapa dah selalu sangat menyedarkan anak-anak.  Kenapa ye, kenapa masih nak mengambil risiko.  Sebab seronok tapi tidak memikirkan keselamatan.  Yang sedih tu kekadang terkena orang lain yang tidak bermain mercun.  Wahai anak-anak, adik-adik, abang-abang, jangan lah bersukaria dengan mercun, bimbang kalau bukan diri sendiri yang terkena mungkin orang lain yang jadi mangsa.



.





Kalau sekadar main mercun pop pop oklah juga, ni sampai buat meriam sendiri mengalahkan meriam kapal Jepun dulu-dulu

Ini dia mercun pop pop tu


Rasa nak demam raya pula bila cerita bab mercun ni, belum lagi cerita bab kuih n baju baru. Ok Selamat menjalani ibadah puasa.











2 comments:

aNiss :):) said...

tapi xdengar bunyi mercun, tak meriah! tak de feel raye. haha.

pissst : tapi nyawa lebih bernilai dari bunyi mercun :P

rosekrafebihani said...

Boleh main mercun, tapi mercun cumel2 aje dan jgn buat bom dahlah