Pages

Monday, August 22, 2011

Rahsia Kebahagiaan

Suatu waktu dulu, saya pernah terbaca falsafah dari seorang pujangga. Setelah sekian lama, saya teringat falsafah itu.  Mungkin anda semua pernah terbaca di mana-mana, kita boleh memikirkannya kerana pengalaman mengajar erti kehidupan. Di antara yang masih teringat seperti di bawah ini.

" MENYUKAI APA YANG KITA DAPATI, BUKAN MENDAPATKAN  APA YANG KITA SUKA, ITU RAHSIA KEBAHAGIAAN"

Dari pemahaman saya besyukurlah dengan apa yang telah kita miliki, setelah kita gagal memiliki apa yang kita tidak mampu. Walau kita telah berusaha sedaya upaya mempertahankan sesuatu tetapi masih gagal.  Tak perlu kita merungut atau menyesal kerana itu bukan rezeki kita. Semua kita pernah mengalami susah senang dalam kehidupan, mencari harta dan kebahagiaan. Adakah kita bahagia dengan harta atau derita dengan kemiskinan.  Adakah kita bahagia dalam pekerjaan sekarang atau derita kerana gaji yang kecil.  Allah sbt berfirman, bersyukurlah dengan rezeki yang kamu dapat, baru Aku akan menambah rezeki kamu. Tiada maknanya kita minta dimurahkan rezeki sedangkan kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Setiap orang mempunyai pendapatnya sendiri kerana  telah melalui rencah kehidupan yang berbeza.

Sempena menyambut Aidilfitri yang hampir menjelang ini ampun dan maaf saya pinta andai tulisan di atas macam belagak bijak pandai pula, siapalah saya, sekadar insan kerdil di alam maya ciptaan Allah.

Insyallah jumpa lagi dengan falsafah lama yang boleh diulas dan kembangkan maksud yang tersirat.

No comments: