Pages

Tuesday, August 23, 2011

Buat Biskut Raya Atau Beli Biskut Raya?

Bunga telur merak
Tiga hari berturut-turut ni aku aktif pula nak updatekan blog ni, dalam bulan Ramadhan ni kot kuranglah sikit kerja kat opis ni, aku pun mengambil peluang mengetuk keyboard sambil nak cari idea apa yang nak di paparkan.  Bunga telur ciptaan ku tetap ada ku paparkan di sini.  Sambil2 tu promot juga lah bunga telur tu kot ada yang sedang mencari idea nak buat sendiri atau nak tempah boleh saja.  Aiditfitri pun semakin hampir menjelang, ada juga yang akan melangsungkan perkahwinan seminggu atau dua minggu selepas aidilfitri.  Majlis kahwin ni dah tak bermusim, berterusan sepanjang tahun.  Dulu-dulu tu orang suka buat pada musim cuti sekolah, tapi kini tidak lagi, sebab sering pula serentak dengan tarikh  rakan sekampung  atau saudara mara yang jauh, payahlah pula nak bekejar untuk memenuhi jemputan.  Berbalik kepada cerita nak raya ni, staf wanita di pejabat  dah mulalah  menjinjing kueh/biskut raya yang telah ditempah sebelum ramadhan lagi.  Kerana berkerja tak sempat nak buat kueh raya sendiri, semua beli, sebab semua ada dijual.  Janji sediakan kan ongkos saja.  Mudahkan.  Dah tak ada thrill nak buat kueh raya macam aku kecik2 dulu tolong emak bakar kueh bahulu pakai sabut kelapa atau arang. Tumbuk kacang hijau buat putu kacang.  Putu kacang dijual sekarang ni tak sesedap putu kacang zaman dahulu, kenapa ye?. Budak sekarang cuma nampak kueh bahulu/biskut dah siap dalam bekas/balang untuk dibeli dan bawa pulang.  Ibu-ibu zaman dulu akan tanya anak jiran "emak dah buah kueh rayake?, ibu-ibu zaman sekarang ini akan tanya anak jiran " emak banyak beli kueh raya ke?. Begitulah budaya raya kita berubah kerana wang dan masa.  Bukanlah berubah kearah keburukan, cuma kelainan sajalah, kita membeli biskut raya tu pun kerana menyokong industri biskut raya tu sendiri, ada yang menjual secara kecil-kecilan, dimusim raya nilah mereka mencari rezeki yang lebih sedikit dengan menjual biskut atau kueh raya..  Bagi diri ku pula untuk membuktikan pada anakku yang aku ni pandai juga buat kueh raya, maka aku buat juga dua tiga jenis biskut, terasalah macam demam raya.  Rajin pula mereka menolong sebab excited emak buat kueh raya. 

No comments: