Pages

Wednesday, July 27, 2011

Petola Bantal - Selain buat sayur.......

Serat petola yg telah kering 
Buah petola bantal 
Pertama kali melihat serat petola di sebuah kedai (masa tu tidak kenal petola bantal) lalu bertanya pada tuan kedai apa benda yang seperti sarang burung itu.  Dari penerangan tuan kedai ianya berasal dari sabut buah petola bantal yang telah masak dan kering, kemudian dibuang kulit dan bijinya, ianya amat sesuai untuk membasuh pinggan mangkuk.  Setelah lama digunakan semakin lembut dan boleh juga digosokkan pada badan.  Memang benar hingga sekarang setelah sepuluh tahun saya tidak pernah lagi membeli span untuk menggosok pinggan mangkuk, kerana serat dari petola bantal ini amat istimewa, ia tetap kekal warnanya seperti biasa malah semakin lembut, lebihan minyak tidak melekat pada serat petola (luffa) yang kita gunakan.  Saya tidak lagi membelinya di kedai, kerana emak saya ada menanamnya dibelakang rumah, pokoknya amat subur, buahnya bukan untuk dibuat sayur tapi lebih bermaksud untuk dijadikan span membasuh pinggan mangkuk.  Kalau dibuat sayur pun boleh, masak tumis air, tumbuk bawang merah/putih, ikan bilis, sedikit lada hitam, potonglah cili merah buat hiasan, boleh tahan...
Anugerah alam semulajadi, manfaatkanlah sebaik mungkin.  



6 comments:

Zikri Husaini said...

sayur pun memang boleh...

rosekrafebihani said...

kalau diberi pilihan petola segi lebih sedap.

tqah said...

blh tau kat mana umah u...i nk bli petola ni...nk jdkan aseiment...

rosekrafebihani said...

Kat Hulu Selangor, blh dtg umah kalau nak tengok , dri Tganu jauh tu.. apa-apa pun t.kasih

tqah said...

sy dekat tnjung malim perak nie...awak dekat hulu selangor?kat mana ye?blh bg alamat atau phone contact...sy nk beli buah nie...sy perlukan dlm jumlah yang bnyak...

rosekrafebihani said...

Pembetulan No. HP 013-2549702