Pages

Monday, July 11, 2011

Doktor Yang Cantik Dan Berilmu


Dr Azlina Firzah. sampai bila-bila pun tetap ku kenang namamu.  Dalam doaku semoga doktor sentiasa dalam sihat walafiat dalam memberikan rawatan kepada insan-insan hawa yang ditimpa penyakit maut ini. Kanser payu dara sinonim dengan kepakaranmu.  Doktor yang cantik dan berilmu ini begitu perihatin dan mesra merawat pesakitnya.  Sedia mendengar keluhan pesakit, sedia mendengar tangisan pesakit dan juga ketawa bersama pesakitmu.  Saya kagum denganmu, saya bertuah dan bersyukur kerana bertemu Dr Azlina yang telah merawatku.  Walaupun doktor bertugas di tempat lain (PMC) saya masih lagi menjalani rawatan susulan di tempat doktor bertugas dulu (Hospital Selayang).  Saya masih ingat doktor yang begitu mesra berbual dan sudi meluangkan masa yang lama bersama pesakit, doktor yang begitu istimewa di hati saya dibandingkan doktor lain.  Telah empat tahun berlalu doktor masih segar dalam ingatan saya.  Saya telah bertugas semula selepas menjalani dua sesi pembedahan (2006 & 2007) yang di lakukan oleh doktor Azlina sendiri dan 2 pusingan kemoterafi.  Terima kasih atas segalanya budi baik doktor hanya Allah yang   dapat membalasnya.  Kepada insan insan hawa di luar sana sering doktor nasihatkan bertindak awal sebelum terlambat, ingatlah orang-orang yang disayangi. Alhamdulillah semoga saya sembuh sepenuhnya. Amin.

1 comment:

Dalila Abdul Razak said...

Amat tersentuh hati saya.... Thank dr.krn telah merawat my unti