Pages

Monday, November 7, 2011

Jarum Dan Benang - Seni Kedutan Biku-Biku


Kain hendak dilipat dahulu baru di jahit jelujur bentuk 'V'.

Jarum dan benang tak dapat dipisahkan, bagai irama dan lagu.  Pada para pencinta seni jahitan tentu telah maklum fungsi jarum dan benang.  Tanpa jarum dan benang, bagaimana hendak menjahit. Jarum mesin atau jarum tangan fungsinya sama iaitu untuk menjahit dan mencantum dan terhasillah apa jua ciptaaan seperti baju, langsir , alas meja, cadar dan lain-lainnya. Di laman Roskraf kali in saya ingin berkongsikan sejenis jahitan yang jarang kita jumpa. Mungkin ada yang  tahu membuatnya. Zaman dahulu ibu saya selalu menghasilkan seni kedutan ini di bahagian atas muka telekung, juga kedutan ropol pada sarung bantal.  Seni kedutan ini dihasil dengan jarum tangan .Setelah ditarik benang akan terhasil kedutan biku-biku seperti dalam gambar yang tertera, kemudian ditekan dengan jahitan mesin supaya kedutan itu tidak berubah. Lebih cantik jika kedutan ditarik lebih rapat  Kemudian barulah kita cantumkan di bahagian tepi atau tampal di atas kain yang hendak diropolkan.. Selamat mencuba...
 
Tarik benang akan mendapat hasil kedutan ini.






Boleh dicantum dgn mesin

Boleh cantum dgn jahitan tangan


Thursday, October 20, 2011

Azlina Firzah, Aku dan Kanser.


Dr Azlina Firzah
Andainya penyakit ini tidak menimpa diriku, kita tidak mungkin bertemu. Kita tidak mungkin berbicara hidup dan mati, tangis dan ketawa. Setiap penyakit ada ubatnya.  Kita hendaklah berusaha selagi termampu.  Dikala penyakit ini menguji diri, sebagai insan yang terbatas kemampuan kita perlukan bantuan. Di luar sana banyak orang yang akan membantu, banyak orang yang akan mendoakan, banyak orang yang akan memberi semangat.. Penyakit maut ini sudah semestinya mengundang keresahan, kesedihan, merudum hati dan perasaaan insan-insan tersayang.  Kepakaranmu menjadi keyakinan untuk insan-insan sepertiku.  Kemanisan mu, keramahan mu, kelembutanmu menjadi penawar dan kelegaan di hati.  
Aku rela, aku pasrah aku yakin kepada ketentuan Allah yang menentukan pengubatan, penyembuhan. Allah yang memakbulkan doaku dan insan-insan tersayang.  Aku datang bertamu di gedung rawatanmu, aku datang bagai menyerah diri yang tak berdaya.  Aku ingin menghimpun semangat ini agar kuat, gagah melaluinya.  Terima kasih yang tidak terhingga, Dari jauh aku doakan kesejahteraanmu di samping menjalani tugas muliamu.
Dr Azlina Firzah, akulah pasakit mu yang tidak akan  melupakan jasamu hingga ke akhir hayat.
Kepada insan hawa di luar sana, tampillah mendapatkan rawatan secepat mungkin.  Pakar-Pakar terlatih di hospital kerajaan sedia membantu, jika berkemampuan hospital swasta juga ada, ingatlah orang-orang yang tersayang.

Wednesday, October 19, 2011

Mawar Ungu Dariku

 Laman Roskraf kali ini hadir dengan mawar ungu untuk bunga telur gantung.  Masih bermotifkan mawar/ros dari riben organza.  Ciptaan saya kali ini mudah dan simple, sesiapa yang sedang mencari idea boleh membuatnya.  Untuk lebih mewah boleh ditambah manik goyang , sesungut atau kupu-kupu mengikut citarasa dan tema warna pilihan. Roskraf akan terus memaparkan hasil ciptaan bunga telur untuk mereka yang minat dan suka membuat sendiri. Selamat mencuba dan jumpa lagi dengan ciptaan yang baru dari saya.

Mawar Cinta
Mawar Pesona

Monday, October 3, 2011

Jus Lemon dan Madu Lebah - Ubat Batuk

Minggu lepas aku ke hospital untuk mendapatkan rawatan selsema dan batuk yang teruk, kerana dah dua malam tak dapat tidor gangguan batuk, badan letih macamana nak pergi kerja.  Doktor tu cuma bagi cuti sakit 1 hari saja.  Aku bukan suka-suka nak cuti sakit tapi badan memang tak daya nak pergi kerja aku pun sambunglah cuti sendiri satu hari lagi. Sebenarnya aku rasa tak sihat lagi.  Doktor ni tak nampakke aku benar-benar tak sihat.  Dah hujung tahun cuti rehat pun tinggal sikit , kalau masih banyak bolehlah aku cuti lama-lama.  Agaknya sebab itu pesakit lebih suka pergi klinik swasta, sekurang-kurangnya doktor tu bagi dua hari cuti sakit.  Sehingga artikel ni aku tulis aku rasa masih belum benar-benar sehat.  Alhamdulliah ubat yang aku cuba sendiri lebih berkesan, iaitu perahan jus lemon (limau yang lonjong itu) dicampur dengan madu lebah.  Sebelum ni dah dua botol ubat batuk hospital habis, termasuk juga beberapa jenis pil untuk kahak tapi kung kang, kung kang juga siang malam. Badan pun sakit-sakit.  Setelah minum perahan limau dan madu lebah tu, memang rasa kurang dan bertambah lega tekak dari mengernyam batuk. Minum sesudu besar waktu pagi, petang dan sebelum tidor.  Ubat batuk ini memang ramai yang tahu, cuma pertama kali aku mencubanya.  Kepada yang sedang batuk-batuk tu, cubalah ubat batuk ini. Madu lebah mestilah yang asli. Buah lemon ada terdapat di pasar-pasar.

Thursday, September 22, 2011

Bila Tengok Trafik Mencacak - Naik Takut Juga

Pandangan dari atas
Buka blog tengok trafik, boleh tahan. Sebelum raya, selepas raya, tengok trafik je, balik kerja, pergi kerja  tengok trafik.  Buat pertama kali aku dan dah jemu tengok trafik mencacak je.  Kalau dapat habuan tak pe juga, ni silap-silap kena block pula, habislah.  Apa masalah trafik ni, kekadang ada, kekadang tak ada langsung.
Tiba-tiba anak aku di sebelah bersuara " Umi relaxlah, trafik banyak kan bagus, kita berjaya menuju destinasi dengan aman tanpa disaman, sebab kita bukan pesalah jalanraya.  
Pandangann dari sisi
 Ye tak ye, kita kan nak pergi kedai bunga, beli riben nak buat bunga telur.  Gambar yang tertera adalah diantara beberapa koleksi ciptaanku untuk mereka yang berminat membuat sendiri, ok senyum selalu. selamat mencuba..

Inilah Trafik yg diimaksudkan 



Monday, September 19, 2011

Nuffnang Datang Lagi

Bunga hiasan -Ros organza ciptaanku
Semalam tengok earning aku bertambahlah sikit. Aku pun sedar kemampuan blog aku ni,  namun gitu pakcik nuffnang ni ada jugalah bagi  iklan, cikit-cikit pun jadi lah, lama-lama jadi bukit.  Maklumlah aku ni selalu tak ada masa nak update.  Bila nak update kena fikir betul-betul, manfaatke tidak artikel aku ni, sukake tidak,  at last tak jadi update sebab tak lengkap, ishk ishk tak pe, tak pe.  Malulah nak cakap earning  tak seberapa, sekadar buat tangkal untuk rajin-rajin update.  Kali ini ros dari organza menonjolkan diri dalam warna oren, kepada sesiapa tengah cari idea  bolehlah cuba membuatnya.  

Monday, September 12, 2011

Tegakkan Keutuhan Sejarah dan Pengorbanan Para Pejuang Negara

Beberapa kali aku menjengah ke teratak ku ini, rasanya tak ada isu atau idea, sekadar mengupas isu atau berita dari surat kabar, member opis aku kata, hai tak syoklah dah tau pun.  Lagi pun mood letih aje, lepas bercuti raya, ada kenduri perkahwinan pula.  Teringat aku isu fakta sejarah negara, perjuangan para pahlawan negara yang telah pergi meninggal jasa dan pengorbanan demi maruah bangsa. Kitalah keturunan yang akan menyambung warisan mempertahankan tanah air ini. Tak mampu dengan tenaga atau senjata, pertahankanlah dengan lagu, sajak atau pantun patriotik.  Semaikan semangat negarawan di jiwa anak-anak kita. 

Hayatilah lirik lagu ini:
Anak kecil main api

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia


Kenangkanlah pengorbanan para pejuang kemerdekaan.  Tanpa mereka entah kemana kita merempat.  Lihatlah banyak negara yang musnah akibat rakyat dan pemimpin tidak bersatu. 
Bersemangat pula aku hari ni, cukup-cukuplah ye, nanti jumpa lagi.

Tuesday, September 6, 2011

Lebih Baik Gagal..

Falsafah lagi...

Setiap orang ada pengalaman masing-masing. Pahit manis, suka duka dalam kehidupan.  Setelah melalui episod demi episod kehidupan kadangkala kita mengakui. lebih baik begini, lebih baik begitu.  Kadangkala juga kita tidak dapat menerima kenyataan.  Semuanya harus ditelan, dilalui seiring masa. Menghendaki, memiliki sesuatu yang amat sederhana pun begitu payah dan sakit.  Bersetujukah anda dengan falsafah ini.  Falsafah dari seorang pujangga terdahulu.  Mungkin anda pernah membacanya, kembangkanlah maksud yang tersirat mengikut tafsiran kebijaksanaan anda:

" LEBIH BAIK GAGAL DALAM PERKAHWINAN                                                       DARIPADA TIDAK PERNAH BERKAHWIN,                                                        LEBIH BAIK GAGAL DALAM PERCINTAAN                                           DARIPADA TIDAK PERNAH BERCINTA"

Pengalaman gagal menjadikan kita matang dan berhati-hati.  Jangan jadikan kegagalan untuk kita berputus asa dalam apa jua yang kita perjuangkan. Adakala kegagalan berpunca dari kesilapan sendiri atau di pihak lain atau memang kita tidak bernasib baik. Ha.. kalau yang belum pernah bercinta tu eloklah bercinta, kalau yang merancang nak kahwin tu teruskanlahn perkahwinan anda mudah-mudahan tidak menemui kegagalan.  Falsafah di atas tu untuk melegakan perasaan hati orang yang pernah gagal bukan untuk menyesal.  Kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan segalanya. 

Tuesday, August 23, 2011

Buat Biskut Raya Atau Beli Biskut Raya?

Bunga telur merak
Tiga hari berturut-turut ni aku aktif pula nak updatekan blog ni, dalam bulan Ramadhan ni kot kuranglah sikit kerja kat opis ni, aku pun mengambil peluang mengetuk keyboard sambil nak cari idea apa yang nak di paparkan.  Bunga telur ciptaan ku tetap ada ku paparkan di sini.  Sambil2 tu promot juga lah bunga telur tu kot ada yang sedang mencari idea nak buat sendiri atau nak tempah boleh saja.  Aiditfitri pun semakin hampir menjelang, ada juga yang akan melangsungkan perkahwinan seminggu atau dua minggu selepas aidilfitri.  Majlis kahwin ni dah tak bermusim, berterusan sepanjang tahun.  Dulu-dulu tu orang suka buat pada musim cuti sekolah, tapi kini tidak lagi, sebab sering pula serentak dengan tarikh  rakan sekampung  atau saudara mara yang jauh, payahlah pula nak bekejar untuk memenuhi jemputan.  Berbalik kepada cerita nak raya ni, staf wanita di pejabat  dah mulalah  menjinjing kueh/biskut raya yang telah ditempah sebelum ramadhan lagi.  Kerana berkerja tak sempat nak buat kueh raya sendiri, semua beli, sebab semua ada dijual.  Janji sediakan kan ongkos saja.  Mudahkan.  Dah tak ada thrill nak buat kueh raya macam aku kecik2 dulu tolong emak bakar kueh bahulu pakai sabut kelapa atau arang. Tumbuk kacang hijau buat putu kacang.  Putu kacang dijual sekarang ni tak sesedap putu kacang zaman dahulu, kenapa ye?. Budak sekarang cuma nampak kueh bahulu/biskut dah siap dalam bekas/balang untuk dibeli dan bawa pulang.  Ibu-ibu zaman dulu akan tanya anak jiran "emak dah buah kueh rayake?, ibu-ibu zaman sekarang ini akan tanya anak jiran " emak banyak beli kueh raya ke?. Begitulah budaya raya kita berubah kerana wang dan masa.  Bukanlah berubah kearah keburukan, cuma kelainan sajalah, kita membeli biskut raya tu pun kerana menyokong industri biskut raya tu sendiri, ada yang menjual secara kecil-kecilan, dimusim raya nilah mereka mencari rezeki yang lebih sedikit dengan menjual biskut atau kueh raya..  Bagi diri ku pula untuk membuktikan pada anakku yang aku ni pandai juga buat kueh raya, maka aku buat juga dua tiga jenis biskut, terasalah macam demam raya.  Rajin pula mereka menolong sebab excited emak buat kueh raya. 

Monday, August 22, 2011

Rahsia Kebahagiaan

Suatu waktu dulu, saya pernah terbaca falsafah dari seorang pujangga. Setelah sekian lama, saya teringat falsafah itu.  Mungkin anda semua pernah terbaca di mana-mana, kita boleh memikirkannya kerana pengalaman mengajar erti kehidupan. Di antara yang masih teringat seperti di bawah ini.

" MENYUKAI APA YANG KITA DAPATI, BUKAN MENDAPATKAN  APA YANG KITA SUKA, ITU RAHSIA KEBAHAGIAAN"

Dari pemahaman saya besyukurlah dengan apa yang telah kita miliki, setelah kita gagal memiliki apa yang kita tidak mampu. Walau kita telah berusaha sedaya upaya mempertahankan sesuatu tetapi masih gagal.  Tak perlu kita merungut atau menyesal kerana itu bukan rezeki kita. Semua kita pernah mengalami susah senang dalam kehidupan, mencari harta dan kebahagiaan. Adakah kita bahagia dengan harta atau derita dengan kemiskinan.  Adakah kita bahagia dalam pekerjaan sekarang atau derita kerana gaji yang kecil.  Allah sbt berfirman, bersyukurlah dengan rezeki yang kamu dapat, baru Aku akan menambah rezeki kamu. Tiada maknanya kita minta dimurahkan rezeki sedangkan kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Setiap orang mempunyai pendapatnya sendiri kerana  telah melalui rencah kehidupan yang berbeza.

Sempena menyambut Aidilfitri yang hampir menjelang ini ampun dan maaf saya pinta andai tulisan di atas macam belagak bijak pandai pula, siapalah saya, sekadar insan kerdil di alam maya ciptaan Allah.

Insyallah jumpa lagi dengan falsafah lama yang boleh diulas dan kembangkan maksud yang tersirat.

Sunday, August 21, 2011

Orang Lelaki Pakai Tuala Wanita?

'Mi, orang lelaki tu pakai tuala wanita jenama tu ke?" pertanyaan dari anak perempuan saya yang berusia 12 tahun sewaktu melihat satu iklan di televisyen  mengenai tuala wanita  "Taklah", jawap saya ringkas.  "Tapi, kenapa dia puji tuala wanita tu, macam dia pernah pakai, tak maluke" sambungnya lagi.  Saya hanya terdiam, sebagai orang dewasa kita boleh terima kaum lelaki sebagai jurucakap kepada iklan tuala wanita.  Sebagai anak-anak yang baru kenal apa itu "period" tentulah tak manis baginya bila orang lelaki memberitahu perihal tuala wanita.  Sepatutnya kaum wanita sendiri yang menjadi jurucakap iklan tersebut, kerana mereka memakai tuala wanita dan tahu kelebihan jenama tuala tersebut, kenapa lelaki tu yang puji kelebihan tuala wanita tu, sedangkan dia tidak pernah mengalami memakai tuala wanita yang diiklankan itu.  Begitulah kemusykilan anakku yang seorang ini.

Sunday, August 14, 2011

Bunga-bungaan Terafi Yang Menenangkan

Lihatlah warna warni keindahan.  Bunga-bungaan berbagai jenis dapat mewujukan suasana keindahan.  Setengah orang berpendapat tumbuhan dan bungaan salah satu terafi menenangkan, memberi kepuasan dan senyuman. Tak perlu banyak , contohnya cukup sekadar dua tiga jambangan orkid yang berbunga indah dapat membuat kita damai, tenang, tersenyum meleraikan tekanan harian.  Sekuntum mawar merah yang mekar membuat kita rasa bahagia.  Pokok sayuran yang kita tanam hidup subur dan berhasil, walau sedikit membuat kita rasa puas dan gembira.  
Wujudkanlah sekliling rumah kita dengan warna warni keindahan, kita akan rasa damai dan ceria. Untuk yang tinggal di  taman perumahan, hanya ada ruang hadapan dan belakang saja, boleh juga usahakan tanaman dalam pasu, dua tiga pokok bunga kertas sudah memadai akan menceriakan suasana.  Anda setujukan.  Kadang kala kita tak punya masa, kalau tanam bunga terbiar pula tak sempat nak baja dan siram. Kekadang tu punya masa tapi langsung tak suka dan  tak minat tanaman bunga atau sayuran.  Terpulanglah..

Wednesday, August 10, 2011

Nuffnang Dah Sudi Menyinggah

Bunga telur ciptaanku 
Orkid dancing lady yang mudah ditanam
Blog aku ni taklah secanggih mana, hanya untuk cerita perihal hobi kraftangan, ada juga aku krafkan pengalamanku, rasanya tak ada harapan iklan nuffnang nak menyinggah.  Baru dua bulan aku join, sambil tu nak promot bunga telur  tetiba ada juga iklan yang menyinggah tapi hanya untuk seminggu, trafik tak sampai 20 orang.  Bila tengok earning adalah sen-sen aja tapi aku seronok dan bersemangat,  itulah agaknya nuffnang sengaja nak bagi aku semangat, kan kan. Setelah enam bulan berlalu aku terus updatekan blog aku ni, tetiba awal bulan ini earning aku bertambahlah cikit, rupanya iklan menyinggah pada blog aku ni dan blog yang satu lagi 'Dongeng Dari Ibuku' . Memandangkan trafik sikit kempen iklan seminggu, earning pun ciput.. Terima kasih kepada bloger2 yang memberikan tip dan tutorial, aku masih kekurangan  ilmu dan kekurangan masa. Terima kasih ku ucapkan pada Pak Nuffnang yang sudi menyinggahkan iklannya ke laman teratakku.  Laman ini akan ku penuhi dengan bunga-bungaan bersama harapan yang berbunga . 

Monday, August 8, 2011

Dapatkan Traffic Percuma

Jum kita cuba Cara Dapat Traffic PERCUMA di innit nuffnang..!!                                                                              

Tengah tengok blog tutorial nuffang terbaca la saya tutorial nie...saja nak mencuba...tak salahkan...dan x rugi pun.. :) Yes yes saya pun ikut,  baru nak belajar moga moga menjadi.


Keyword traffic pun memang salah satu keyword yang popular dalam innit ni..


So, make it short.. tips2 nak naikkan traffic blog kita adalah :
  1. Tulis posting artikel mcm posting ni. Atau copy-paste artikel ni dan kemudian buat tajuk yang menarik supaya org terjah blog kita.
  2. Pastu letakkan URL LINK yang mcm kat bawah ni jer untuk artikel yang di tulis dlm blog/web korang. cuba jelah...tak rugipun........ :P
1. blog budak nakal5. My Big Family and Friends
13. akupenghiburmuda
14. CariInfoGunaGoogle
15. Roskraf 

Peraturannya

  •  Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.
  • Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.
  • Setelah itu masukkan link anda di urutan paling bawah (No.15).
  • Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:
Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625
SELAMAT MENCUBA!!!!
Jujur sesama kita, semoga berjaya bersama.

Sunday, August 7, 2011

Unta Berhias

Umrah ku dua tahun yang lalu.  Unta yang berhias cantik.  Aku tidak pasti nama tempat ini, kalau tak salah Jabalrahmah. Hanya dari kamera HP aku abadikan gambar ni sebagai tatapan anakku.  Kalau nak naik unta tu bayarannya cuma 5 rial, lebihkurang Rm5.00 aje.  Peniaga-peniaga berjualan di tengah-tenngah panas tanpa payung atau teduhan. Barangkali mereka dah biasa dengan cuaca panas.  Mencari rezeki halal tak kira di mana, walau di bumi Allah yang panas terik ini mereka tetap dikunjungi oleh pelbagai bangsa dari seluruh dunia.

Wednesday, July 27, 2011

Petola Bantal - Selain buat sayur.......

Serat petola yg telah kering 
Buah petola bantal 
Pertama kali melihat serat petola di sebuah kedai (masa tu tidak kenal petola bantal) lalu bertanya pada tuan kedai apa benda yang seperti sarang burung itu.  Dari penerangan tuan kedai ianya berasal dari sabut buah petola bantal yang telah masak dan kering, kemudian dibuang kulit dan bijinya, ianya amat sesuai untuk membasuh pinggan mangkuk.  Setelah lama digunakan semakin lembut dan boleh juga digosokkan pada badan.  Memang benar hingga sekarang setelah sepuluh tahun saya tidak pernah lagi membeli span untuk menggosok pinggan mangkuk, kerana serat dari petola bantal ini amat istimewa, ia tetap kekal warnanya seperti biasa malah semakin lembut, lebihan minyak tidak melekat pada serat petola (luffa) yang kita gunakan.  Saya tidak lagi membelinya di kedai, kerana emak saya ada menanamnya dibelakang rumah, pokoknya amat subur, buahnya bukan untuk dibuat sayur tapi lebih bermaksud untuk dijadikan span membasuh pinggan mangkuk.  Kalau dibuat sayur pun boleh, masak tumis air, tumbuk bawang merah/putih, ikan bilis, sedikit lada hitam, potonglah cili merah buat hiasan, boleh tahan...
Anugerah alam semulajadi, manfaatkanlah sebaik mungkin.  



Thursday, July 21, 2011

Sejambak Anggur Buat Hantaran

Bahan-bahannya:
Sebungkus/satu balang bebola coklet (warna emas)
Plastik pembalut warna merah/hijau
dawai, pelilit hijau & daun anggur plastik.

Balut satu persatu
Ikat pada dawai dgn pelilit hijau
                                                                                             

Lihat gambar-gambar yang tertera anda tentu boleh membuatnya.  Anggur ini boleh digubah dalam dulang hantaran atau dalam bakul mengikut kreativiti masing-masing.  Kelihatan manis dan manarik.  Ini gubahan anggur yang ditempah oleh Chief saya.  Mudah membuatnya, ok selamat  mencuba pasti jadi.

Sejambak anggur merah
Anggur merah dan hijau


Monday, July 18, 2011

Jum Jahit Langsir


Raya tahun ni nak buat langsir macam mana pula ye. Langsir ni mudah membuatnya, tapi taklah popular, sebab jarang nampak orang buat, atau pun pesen lama.  Namanya langsir smocking, bukan macam smocking baju kanak-kanak tu. Nampak macam leceh tapi .. mudah je.  Kita cuma jahit kedut 'box pleat' guna kain yang agak panjanglah sikit.  Cantum pada pita yang telah dibalut kain yang sama, potong lebihan kedut, tutup dengan lebihan satu lipatan di hujung pita.  Untuk menjahit smockingnya anda perlu gantung atau pin langsir tu di mana anda boleh duduk menggunakan jarum tangan untuk membuat cantuman smocking. Tengok gambar tentu anda boleh membuatnya. Cubit pada lipatan, cantum berselang seli, ukuran jarak mengikut anggaran sendiri. Terpulang berapa tingkat kita nak buat, cantik tiga atau empat tingkat. Untuk lebih menarik boleh di jahit manik atau bunga kecil pada setiap cantuman. Kepada yang rajin jahit langsir sendiri, selamat mencuba.  Kekadang kita kreatif tapi takut tak menjadi, cuba dulu baru tahu, tentu kita bangga pandai buat sendiri, lagi pun jimat bajet tak perlu keluar duit untuk bayar upah. Ok.. selamat berjaya.

Thursday, July 14, 2011

Dancing Lady Yang Keseorangan

Sekuntum 'dancing lady'

Warna kuning yang menceriakan
A ha, dancing lady mana ni, kenapa keseorangan.  Dia keseorangan sebab nak jadi modeling celah pokok rambutan.  Sebab rumahnya pun disangkutkan di dahan rambutan tu.  Tengok betul-betul sedang ber-dancing sendirian, tu sebabnya dinamakan dancing lady.  Memang terdapat banyak spesies dancing lady, yang kecil-kecil ni mudah ditanam dan mudah dijaga.  Untuk pencinta orkid atau tak cinta tentu suka orkid yang yang menawan ini. Boleh digantung di bawah pokok atau tepi teduhan kerana orkid ni suka suasana yang berangin. Tak perlulah ada pondok orkid. Inilah salah satu hobi saya    yang menyenangkan.

Monday, July 11, 2011

Thursday, June 9, 2011

Kuntuman Mawar Kuning


Bunga hiasan dada RM1.30 sekuntum
Bunga Telur bertema kuning RM2.30 setangkai

Ini pula sekuntum mawar kuning penghias dada atau roset.  Untuk petugas dalam apa jua majlis.      Kalau inginkan bertema kuning, ros kuning lebih menawan, begitu juga bunga pahar/bunga telur.  

Upih Rempit

Adik naruto pegang kuat-kuat ye
Hu hu hu berebut-berebut nak tarik upih, ha tulah balik kampung baru kenal apa dia upih.  Itulah permainan kita orang masa kecik-kecik dulu.  Tengok tu teruja sangat-sangat.  Upih tu berasal dari pokok pinang, iaitu daun pinang yang telah tua dan jatuh lalu upihlah namanya, boleh tarik adik naik upih keliling rumah.  Buah pinang pula dimakan bersama sirih oleh nenek kita dulu-dulu tapi sekarang ni nenek-nenek dah tak makan sirih, pinang hanya digunakan untuk pelengkap tepak sirih hantaran masa meminang atau bertunang. Dikedai pun ada dijual pinang yang telah kering siap dipotong nipis, tapi adik-adik kita sekarang ni tak kenalllah buah pinang, muh balik kampung cari pokok pinang dan main tarik upih pinang.

Thursday, April 7, 2011

Kanser payudara dan mawar tanganku.

Catatan ini merupakan memori yang  aku paparkan untuk kukongsikan kepada pembacaku dan kepada yang berkaitan dengan ceritaku.  Sekadar berkongsi perasaan yang sama kepada mereka yang telah melalui apa yang aku alami.
Tanggal Jun 2006, Hospital Selayang. pertama kali mendengar kenyataan doktor aku disahkan mengidap kanser payudara.  Igauan dan mimpi ngeri yang menakutkan setiap kaum hawa kini menimpa diriku.  Menangis dan menangis tidak akan mengubah apa-apa.  Aku terima takdir ujian dari Allah dengan tabah. hidup perlu diteruskan walau apapun terjadi.  Doktor yang merawat ku begitu memahami dan memberi semangat kerana masih banyak rawatan yang akan aku jalani.  Bukan aku seorang yang mengalaminya banyak lagi pesakit lain yang masih berjuang melawan penyakit ini malahan ada yang datang setelah penyakit melarat dan tidak boleh diselamatkan.  Dari pengalaman temujanji dan perbualanku dengan doktor, kebanyakan pesakit yang lewat mendapat rawatan disebabkan mereka malu dan memilih  perubatan kampung atau dukun. Bagi diriku seawal mungkin aku mendapati kelainan pada payudara tanpa lengah aku menemui beberapa doktor sehinggalah aku dirujuk kepada Klinik Pakar Hospital Selayang.  Di sini doktor pakar yang terawal aku temui adalah doktor lelaki, mereka semua bersikap profesional dan begitu menghormati dan memahami diriku yang dalam keadaan tertekan.  Wahai kaum hawa kenapakah kita malu mendapatkan rawatan, jangan biarkan penyakitmu tanpa diketahui menjadi pembunuh senyap sedangkan kita mampu mendapatkan rawatan sebelum terlambat.
Untuk temujanji yang berikutnya aku mendapat seorang doktor wanita yang seterusnya beliau juga yang melakukan pembedahan terhadapku.  Beliau adalah Doktor Pakar/Pembedahan dan mengesyorkan rawatan yang terbaik untukku.  Doktor Pakar tersebut kini tiada lagi di Hospital Selayang, beliau telah bertukar ke hospital lain.  Jasa baik beliau tetap ku kenang hingga ke akhir hayat. Doktor yang aku maksudkan ialah Doktor Azlina Firzah.  Hingga kini aku masih lagi meneruskan rawatan susulan di Hospital Selayang tetapi bertemu doktor yang lain.  Semua mereka aku sayangi. Kita boleh mendapatkan rawatan cara kampung tapi dapatkan rawatan hospital dahulu.
Selepas menjalani pembedahan aku berada di wad selama 10 hari.  Waktu itu tiada rawatan kemoterapi di Hospital Selayang, aku diminta untuk menjalani rawatan tersebut di Hospital KL.  Kelebihannya kerana aku kakitangan kerajaan, aku diberi cuti bergaji selama dua tahun namun selepas habis rawatan dalam tempoh enam atau tujuh bulan aku telah mampu memandu untuk bertugas semula.    Segala rawatan dan caj perubatan ditanggung oleh kerajaan, Alhamdulillah.  Aku rindukan teman-teman di pejabat yang sentiasa mendoakan aku, sewaktu nota ini aku paparkan di sini, banyak insan yang memberi semangat kepadaku telah kembali ke rahmatullah.  Salah seorang ialah Ketua Jabatanku yang telah kembali ke rahmatullah pada Sept. 2007, semoga rohnya dicucuri rahmat dan tempatkan dikalangan para solihin, kepada teman-teman yang menziarahiku di hospital dan di rumah tetapku kenang selamanya.                                                                                                              
Di HKL aku menjalani rawatan kemoterafi sebanyak 6 pusingan, iaitu tiga minggu sekali. Kemoterafi bermakna 'rawatan kimia' , oh tentu pelik mendengarnya.  Ya kimia yang membunuh sel kanser sekiranya masih terdapat dalam tubuhku.  Sesiapa yang telah melaluinya tentu tahu betapa peritnya kesan yang dialami.  Kepada pesakit kanser yang belum melaluinya, jangan bimbang, rawatan ini tetap berlaku dan berlalu.  Kuatkan semangat dan sentasa positif.  Waktu begini kita perlu insan sekeliling untuk memberi kekuatan, agar kita tabah.  Kesan kemo ini membuat tubuh lemah, tidak berdaya kerana mual, muntah tak kira pagi petang atau malam.  Memang tidak selera untuk menjamah makanan, kalau dipaksa juga, makanan tersebut akan keluar balik.  Namun pandai-pandailah memilih makanan yang kita mampu menelannya.  Sekiranya tubuh terlalu lemah dan darah kekurangan, doktor tidak akan meneruskan kemo ini menyebabkan ditunda ke tarikh lain.  Daripada naskhah yang dibekalkan oleh pihak hospital. aku mencari makanan yang sesuai, berkhasiat dan mampu ku telan iaitu bubur keledek merah dan bubur nasi (bubur mui) yang ada kuah sup, ikan  bilis goreng, kacang goreng dan lobak asin.  Kebetulan memang ada gerai di tempatku yang menjual bubur nasi setiap hari.   Kalau ada orang lain nak cuba, silakan.  Sedap....itu saja yang mampu ku suapkan.  Selepas 10 hari barulah seleraku normal, aku makanlah sebanyak mungkin sebab 10 hari lagi kemo yang kedua dan seterusnya begitulah selama enam pusingan untuk lebih kurang 4/5 bulan baru selesai.  Rambut pun habis gugur, sedihnya bila tengok cermin, kalau ada orang datang rumah cepat-cepat ambil cekup tutup kepala, sedangkan kepala memang panas. sabarjelah... 
Sebenarnya setiap orang yang menerima rawatan kemoterafi menghadapi kesan yang berbeza, ada yang teruk sehingga tidak lalu makan, badan kering, seluruh mulut pecah, ada yang mengalami alahan yang sedikit.  Selama lapan bulan aku bercuti menjalani rawatan dengan tubuh tak berdaya, ada juga hari yang aku rasa sihat dan bersemangat, waktu terluang aku penuhi dengan hobi mencipta bunga telur.  Maka lahirlah bunga telur ciptaan ku, ros buatan tangan dari riben organza dan satin.  Sejak itu akulah yang membuat bunga telur untuk anak-anak saudaraku, juga memenuh permintaan teman-teman rapat.
Setelah empat tahun berlalu, berulang alik HKL dan Hospital Selayang, kadang ke Hospital Sg. Buluh. segala rawatan aku ikuti disamping rawatan cara kampung.  Terima kasih kepada semua yang membantu.  Kini rawatan susulan ku enam bulan sekali ke HKL dan Selayang.  Aku berdoa agar penyakitku sembuh sepenuhnya, agar dapat memberi perhatian terhadap anakku yang hanya seorang.
Di sebalik semua ini, aku amat berterima kasih kepada seluruh keluargaku atas segala perhatian dan bantuan.  Kepada abang kandungku yang telah kembali ke  rahmatullah Januari 2010, kepada adikku yang kembali ke rahmatullah pada Oktober 2007, semoga roh kalian dicucuri rahmat.  Kepada kakak dan kakak ipar juga adik adikku yang menjaga sepanjang rawatan ku di hospital dan di rumah, budi baik kalian tetap ku kenang selamanya.  Terima kasih kepada jiran dan sahabat yang membantu menghantar anakku ke sekolah. Terima kasih juga kepada pemandu jabatan yang sering aku tumpangi untuk ke hospital . Aku doakan kebahgiaan untuk kalian, semoga sihat sejahtera, amin.  Kepada teman teman yang mengesyaki sesuatu kelainan pada tubuh anda dapatkan rawatan sebelum terlambat.
Apapun yang terjadi, aku pasrah atas ketentuan Illahi, kita mampu berusaha dan berdoa.  Allah maha mengetahui kenapa kita diuji dan diduga dengan berbagai cara.  Hari ini aku bersyukur dengan apa yang telah aku lalui, aku bersyukur di atas segala-galanya.   Amin..                                                                                                                        

Tuesday, March 29, 2011

Buat apa tu

Salam semua, aku ni dok tengah promot hasil kraftanganku untuk mengisi ruang nak bisnes kecil-kecilan. Buat permulaan ni aku kekurangan masa nak mencari bahan-bahan penulisan atau cerita baru.  Cerita dongeng masih ada lagi dalam simpanan belum diolah.  Nanti bolehlah korang nak baca di blog DONGENGIBUKU.  Blog aku pun tak lah pefect sangat, tak ada daya tarikan agaknya sebab memang tak pandai, tu sebab aku kena rajin-rajin melawat blog orang lain cari ilmu tapi memang tak ada masa sebab masih berkejar ke pejabat dan di rumah. Pastu ada juga orang order hasil tanganku, tapi tak dapat layan semua sebab tak ada asistan lagi, baru nak bermula katakan.  Sebenarnya banyak topik yang hendak aku tuliskan buat tatapan visitor aku (kot adalah).  Minggu lepas aku baru je balik kursus "Team Building" iaitu Berkerja Secara Berpasukan".  Ilmu yang aku dapat ialah seperti siri Wonder Pet "Apa yang penting, kerjasama".  Bagaimana kita menerapkan nilai kerjasama dan mendengar arahan dari seorang ketua.  Lepastu ada juga  senam robik mulai 7 pagi.  Kursus ni banyak aktiviti luar  dan satu yang amat mencabar 'jungle tracking' mendaki bukit, merentasi halangan  gaya-gaya askarlah tu, oi mencabar tapi seronok bagi orang muda belia.  Nanti jumpa lagi dengan cerita dan bunga telur yang baru.  Insyallah...

Wednesday, March 16, 2011

Mawar Biru

Sesiapa yang bercadang tema biru dalam apa jua majlis, ini dia mawar biru dari riben organza, simple untuk bajet sederhana.  Untuk lebih mewah setangkai boleh buat empat atau lima kuntum ditambah dengan manik-manik silver atau kristal.

Sunday, February 27, 2011

Nak buat apa ngan blog aku ni ye

Aku baru nak berjinak-jinak dengan blog ni, cadang nak promot  bunga telur, main terjun je, tak ada orang nak ajar.  Kalau dah ada tapak di blog ni boleh aku promot and bisnes bunga telur, tapi sekarang ni masih mengagau macam mana nak cantikkan blog aku ni, tak kecukupan masa.  Ingatkan menjelang nak bersara ni biarlah dah pandai macam mana nak bisnes kat blog ni.  Sekurang-kurangnya masa lapang ada juga yang nak dibuat sebab hobi buat bunga ni eloklah diteruskan, mungkin ada orang yang berminat, tak ada tempahan pun orang boleh belajar buat bunga tu.  Kalau ada bakat semulajadi tengok contoh pun dah boleh buatkan.  Tapi bunga yang satu ini, dah puas aku ajar kawan-kawan, tapi tak juga pandai, at last mereka suruh aku juga buat bunga tu, namanya ros arganza, yang dibuat dari riben organza, macam dalam gambar ni lah,  Ada juga yang tahu buat tapi tak 100% puas hati haha nak belajar kena tengok dengan mata kepala sendiri dan praktik berkali-kali, kalau dah jemu tak juga menjadi, tempah aje kat aku ha, warna apa-apa aje ok. Yang tu boleh buat bunga hiasan dulang hantaran, boleh juga buat dua atau tiga kuntum.  Roset atau bunga telur tangkai atau bunga telur gantung, tengok pada post aku yang lepas ada bunga telur dari riben organza.  Nanti aku nak promot lagi tunggu ya.... Bunga ros setangkai ni harga nya cuma RM2.30 aje.  Kalau berminat boleh  hubungi  013-2549702, nak order boleh, nak belajar set masa datang kat rumah saya ok...

Tuesday, February 22, 2011

Bunga hiasan & Bakul telur dari riben



Bunga hiasan dulang untuk hantaran, atau hiasan back drop, terdapat set dua kuntum dan tiga kuntum spt gambar ini.  Pelbagai warna mengikut tema.
Bakul telur dari riben dinamakan bakul telur tingkat siar kerana
penutupnya boleh dibuka seperti tingkat siar. sesuai juga untuk potpuri atau bunga rampai.

Monday, January 3, 2011

Cerita dongeng - Ubi Keledek Batu -

Pada zaman dahulu di sebuah kampung yang rata-rata penduduknya hidup sederhana.  Ada seorang anak yatim piatu tinggal bersama nenek dan datuknya.  Oleh kerana kedua nenek dan datuknya tidak berupaya untuk berkerja kuat buat mencari nafkah, maka mereka mengharapkan pemberian daripada orang kampung untuk sesuap nasi atau apa-apa makanan yang diberi mereka terima dengan senang.
Suatu hari cucunya yang bernama Ikhlas sedang bermandi manda di tepi sungai dengan rakan-rakannya.  Seorang ibu tua menghulurkan beberapa biji ubi keledek untuk dibawa pulang.  Ikhlas berbesar hati menerima pemberian itu dan mengucapkan berbanyak terima kasih kerana itulah rezeki buat mereka untuk hari itu.  Ikhlas membawa balik ubi keledek dan memberikan kepada neneknya.
Sewaktu neneknya merebus ibu keledek itu, Ikhlas disuruh pergi bermain di luar rumah bersama rakan-rakannya, nenek berjanji akan memanggilnya pulang setelah ubi keledek tersebut masak.  Berapa jam Ikhlas menunggu tiada panggilan  dari neneknya maka dari bawah dia melaung. " Nenek .. dah masakkah ubi keledek?  Sinenek ketika itu sedang makan ubi keledek, dengan mulut yang penuh menjawab "Belum-belum tanyalah atuk".
Datuknya menjawap "Belum-belum pergilah bermain lagi".  Ikhlas sebenarnya telah berasa amat lapar pergi semula bermain dengan rakannya.  Ketika itu nenek dan datuknya sedang makan ubi keledek tersebut hingga tidak sedar semuanya habis dimakan.  Apabila mereka sedar, mereka mencari akal bagaimana sekiranya Ikhlas bertanya ubi keledek tersebut.  Datuknya mencari batu batu yang sebesar ubi keledek lalu membalut batu tersebut dengan kulit ubi keledek yang masih tinggal tadi dan diletakkan di dalam piring.  Apabila Ikhlas pulang lalu mengambil ubi keledek tersebut dengan perut yang terlalu lapar, ubi keledek lalu digigit, "aduh giginya patah dan berdarah, Ikhlas mendapati kesemua ubi keledek itu adalah batu yang dibalut dengan kulit ubi tersebut.   Ikhlas tersedu-sedu tanpa disedari datuk dan neneknya Ikhlas turun melalui pintu dapur dan duduk ditangga sambil berkata dalam hati datuk dan nenek telah membencinya, lalu Ikhlas merajuk turun sambil berfikir kemana akan dibawa diri, ibu dan ayah telah tiada.  Ikhlas terpandang seketul batu di belakang rumah itu, perlahan dia duduk di atas batu itu sambil merayu hiba.  Hai batu naik lah engkau ke langit tinggi, seinci dua inci, sekaki dua kaki, aku ingin bertemu ayah dan ibu, datuk dan nenek telah membenci aku.  Ikhlas mengulangi lagi hai batu naiklah engkau ke langit tinggi seinci dua inci, sekaki dua kaki.  Tiba-tiba batu itu naik tinggi dan tinggi sehingga suaranya hanya sayup kedengaran.  Nenek dan datuknya mencari di mana suara yang merayu-rayu itu. Di dapor kedua nenek dan datuknya hanya menemui piring ubi keledek batu yang belumuran darah kerana giginya yang patah.  Mereka melihat ke luar tingkap, alangkah terkejutnya apabila melihat cucunya berada di atas batu yang menjulang tinggi, barulah neneknya menyesal dan menangis minta cucunya turun dan memaafkah mereka.  Ikhlas tidak lagi mendengar panggilan neneknya kerana dia sudah tinggi hingga ke pintu langit di mana ayah dan ibunya melambai ke arahnya. Ikhlas hilang dari mata dan batu itu kembali seperti sediakala.  Nenek dan datuknya duduk di atas batu itu dan meminta batu itu naik ke atas tapi batu tersebut tetap tidak berubah.
Nenek dan datuk pulang ke rumah setiap hari menyesali perbuatan mereka dan menangisi cucu yang hilang. Datuknya duduk dipintu hadapan mengharapkan Ikhlas kembali, begitu pula neneknya duduk di pintu dapor mengarapkan Ikhlas kembali, sehari , sebulan dan setahun Ikhlas tidak kembali lagi, nenek dan datuk tidak lalu makan dan minum lalu meninggal dunia.
Tauladannya - Jangan aniaya anak yatim piatu, doa orang teraniaya selalu dimakbulkan . Diceritakan oleh ibu saya waktu hendak tidur malam masa zaman kanak-kanak.  Kira bed time story la tu.